Selasa, 3 Januari 2017

KECERGASAN

BIDANG KECERGASAN : 
KOMPONEN KECERGASAN
Tujuan murid Tingkatan Satu mempelajari Bidang Kecergasan adalah untuk membolehkan mereka melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal berdasarkan prinsip dan strategi. Murid diberi pendedahan berkaitan aktiviti dan senaman yang   komponen kecergasan berasaskan kesihatan seperti kapasiti aerobik, kelenturan, daya tahan dan kekuatan otot, dan komposisi badan. Murid juga diberi pendedahan tentang pentaksiran kecergasan fizikal.

Definisi
Kecergasan merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan pada masa kesenggangan dan ketika dalam keadaan.

Kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.

Kompenen Kecergasan Fizikal
Kompenen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi bagi seseorang yang bergiat dalam bidang sukan -otot yang ingin mengekalkan tahap kecergasan mereka seperti seorang atlet , haruslah menguasai kedua-dua kompenen.

A ) Kompenen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

Terbahagi kepada 5 kompenen iaitu :
1)  Daya Tahan Kardiovaskular
Didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien ,terutama oksigen, menghantar ke otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal berterusan. Kompenen  ini  melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru.

2)  Daya Tahan Otot
Keupayaan otot menghasilkan submaximum yang berulang-ulang yang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Kompenen ini melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada itensiti yang rendah.

 3 ) Kekuatan Otot
Keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Kompenen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada itensiti   yang  tinggi.

 4 ) Fleksibiliti
Merujuk kepada pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti  perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan  pada bahagian sendi dan otot.

5 ) Komposisi Tubuh
Perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yangt lebih baik berbanding berat badan.Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.


B) Konsep Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor

Terbahagi kepada 6 kompenen :
1 ) Kepantasan
Keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat.

2)Kuasa
Berhubungkait dengan kadar melakukan sesuatu kerja.

3 ) Koordinasi
Pengunaan mengunakan deria seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.

4 ) Keseimbangan
Keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau dinamik.

5 ) Ketangkasan
Keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melaui ruang.

6 ) Masa Tindak Balas
Masa atau sesuatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.


Jenis-jenis Latihan

LATIHAN FARTLEK

DEFINISI LATIHAN FARTLEK
Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula
diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti
 latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini
terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut
bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan berdasarkan peratusan
daripada keupayaan maksima.

Ada 2 jenis latihan fartlek:
1)    Fartlek Terkawal atau Fartlek Tertutup
Dikenali sebagai Closed Fartlek. Aktiviti dilakukan di kawasan yang tertutup seperti trek
di stadium ataupun mengikut garisan padang bolasepak. Latihan seperti ini ada kawalan dan
ada rancangan larian yang sudah ditentukan walaupun ia bersifat bebas. Kawalan masa ataupun
 jarak. Jurulatih mesti terlebih dahulu menentukan apa aktiviti yang hendak di lakukan pada
setiap sudut atau seksyen trek yang dilalui ataupun menentukan masa larian bagi setiap
aktiviti.
1)    Fartlek Bebas atau Fartlek Terbuka     
Juga dikenali sebagai Open Fartlek. Atlit tidak terikat dengan apa-apa kawalan yang khusus.
Larian ditentukan oleh atlit sendiri mengikut keinginan dan kemampuan. Ia dilakukan di kawasan
outdoor yang memberikan peluang bagi atlit untuk berinteraksi dan menggunakan alam sekitar
sebagai tambahan factor dalam latihan mereka. Kawasan bukit, larian atas pasir, rumput dan
 padang, larian di persisiran pantai dan lain - lain.

TUJUAN LATIHAN FARTLEK
1)    Meningkatkan dayatahan kardiovaskular.
2)    Membina dan meningkatkan kepantasan .
3)    Meningkatkan daya tahan kepantasan.

CONTOH LATIHAN FARTLEK
1)     Berlari perlahan-lahan
2)     Lari bergradien (naik bukit dan turun bukit)
3)    Striding
4)    Lari pecut
5)     Berjalan
6)    Bounding

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN FARTLEK

1. pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.

2. pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang
berdekatan dengan sekolah.
3. mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan,
berlari zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.

4. lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.

5. aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

CONTOH OTOT YANG TERLIBAT
1)    Trapizius
2)    Deltoid
3)    Tricep brachii
4)    Biceps brachii
5)    Brachioradialis
6)    Gluteus maximus
7)    Sartorius
8)    Rectus femoris
9)    Vastus medialis
10)     Soleus
11)    Grastrocnemius











GAMBAR LATIHAN FARTLEK

LATIHAN LITAR

DEFINISI LATIHAN LITAR
Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan untuk menguji kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England. Latihanlitar merupakan latihan yang melibatkan stesyen – stesyen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang telah ditetapkan . Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar . Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8 hingga 12 yang mana melibatkan otot – otot yang berlainan.

TUJUAN LATIHAN LITAR
A.    Meningkatkan daya tahan otot.
B.    Meningkatkan dan melatih keupayaaan anaerobik dan aerobic.
C.    Meningkatkan kederasan , ketangkasan dan kelembutan.
D.   Membina daya tahan kardiovascular.

CONTOH LATIHAN LITAR
1.    Tekan tubi
2.    Bangun tubi
3.    Lari ulang alik
4.    Burpee
5.    Skipping
6.    Lompat selang seli (alternate split jump)
7.    Jack knife
8.    Angkat kaki

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN LITAR
1)    Objektif latihan apa yang hendak dicapai dalam latihan perlu dikenalpasti atau keperluan atlit.
2)    Memilih aktiviti latihan.
3)    Mencatat atau rekod aktiviti berkesan.
4)    Melaksanakan aktiviti
    ·            Memanaskan badan : kelonggaran dan regangan, lakukan secara perlahan – lahan.

   ·            Mencapai tahap ambang dan pastikan beban latihan yang betul.
5)    menyimpan rekod.
6)    Membuat penilaian dan ubahsuai jika perlu.
7)    Menyejukkan badan jika perlu.
8)    Mempelbagikan corak latihan.
9)    Latihan hendaklah menarik minat dan menyeronokkan.

CONTOH OTOT YANG TERLIBAT

1)    Trapizius
2)    Deltoid
3)    Pectoralis major
4)    Biceps brachii
5)    Brachioradialis
6)    Gluteus maximus
7)    Sartorius
8)    Rectus femoris
9)    Vastus medialis
10)  Soleus
11) Grastrocnemius
12) Rectus obdominis
13) Latisimus dorsi
14) External oblique
15) Triceps brachii


                                             Gambar Latihan Litar


LATIHAN PIRAMID

DEFINISI LATIHAN PIRAMID
Latihan piramid dikenali sebagai segitiga bermula dengan set latihan 10 – 12 pengulangan dengan rintangan yang rendah . rintangan akan semakin bertambah sehingga pengulangan yang kerap sehingga hanya 1 RM. Kemudian dengan set dan rintangan yang sama dalam pengulangan latihan, set terakhir berlaku 10 hingga 12 pengulangan semula. Latihan pyramid banyak memerlukan tenaga dan kekuatan untuk mencapai sasaran.

TUJUAN LATIHAN PIRAMID
1)    Meningakatkan kekuatan otot.
2)    Meningkatkan pembakaran kalori dalam badan.
3)    Mengawal atur kardiovaskular.
4)    Mengekalkan hemeostasis dalam badan.
5)    Mengelakkan diri dari kecederaan.

CONTOH LATIHAN PIRAMID
1)    Berbasikal
2)    Berenang
3)    Berlari jarak dekat dan jauh
4)    Berjalan kaki jarak dekat dan jauh
5)    Menaiki bukit

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN PIRAMID
1)    Fasa teratas : berjalan menaiki bukit sejauh 100 – 800 meter dengan kelajuan yang maksimum.
2)     Fasa kedua : berjalan kaki diantara 2 hingga 10 km selama 20 – 30 minit dengan masa pemulihan hanya 5 minit.
3)    Fasa ketiga : berjaln sejauh 10 km dengan pantas dengan masa pemulihan 10 – 15 saat berjalan perlahan.
4)    Fasa keempat : long slow distance (LSD) iaitu berjalan sejauh 10 – 15 km tanpa berlumba – lumba tetapi perlu menamatkan larian dalam jangka masa yang ditetapkan.
5)    Fasa kelima : melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berbasikal dan berenang.

CONTOH OTOT YANG TERLIBAT
1)    Deltoid
2)    Biceps
3)    Brachioradialis
4)    Quadriceps
5)    Gluteus
6)    Hamstring
7)    Gastrocnemius
8)    Triceps


LATIHAN JEDA

DEFINISI LATIHAN JEDA
Latihan Jeda adalah satu kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselangi dengan masa rehat yang mencukupi. Ia merupakan satu sistem latihan yang diperkenalkan oleh Astrand dan diamalkan oleh Paavo Nurmi pada tahun 1920. Latihan Jeda ini berbeza dari latihan-latihan fizikal yang lain kerana terdapatnya masa rehat antara jeda kerja, sedangkan kaedah latihan lain berterusan tanpa rehat di antara ulangan kerja. Latihan ini dapat meningkatkan kapasiti anaerobik atlit dan amat berfaedah untuk membina dan meningkatkan sistem tenaga aerobik dan sistem anaerobik.

TUJUAN LATIHAN JEDA

1.    Meningkatkan keupayaan anaerobik.
2.    Meningkatkan dayatahan kardiovaskular jantung.
3.    Meningkatkan ketangkasan, kelajuan, kelembutan dan koordinasi.
4.    Meningkatkan kemahiran atlet.
5.    Meningkatkan tahap ambang anaerobik.
6.    Meningkatkan daya tahan otot.
7.    Tingkatkan muatan maksima bagi sistem tenaga
8.    Merangsang pembukaaan saluran darah (kapilari) untuk proses pegangkutan oksigen yang lebih efisyen.
9.    Meningkatkan isipadu haemoglobin yang membantu membawa oksigen kepada otot yang memerlukan.
10. Meningkatkan aktiviti enzim dalam metabolisme asid lemak
CARA MELAKSANAKAN LATIHAN JEDA

Ø  Nisbah jeda kerja rehat antara 1:1/2 hingga 1:1 bergantung kepada jarak larian atau masa diambil untuk tamatkan sesuatu larian.

CONTOH LATIHAN JEDA
   ·            Masa larian = 10 minit
    ·            Masa rehat =5 minit
    ·            Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1:1/2
    ·            Masa larian = 3 minit
    ·            Masa rehat = 3 minit
    ·            Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1:1

Ø  Ulangan yang dicadangkan antara 2 hingga 3             ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan 3 hingga 4 ulangan bagi jarak kurang 800 meter bagi satu larian.

Ø  Jumlah set cadangan = jumlah ulangan rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar turun kepada 120 denyutan seminit, kemudian set kedua dimulakan ulangan aktiviti.

Ø  Set :

  ·            Nisbah kerja : rehat
   ·            Aktiviti jeda rehat
  ·            Contoh preskripsi latihan
    ·            Cara menulis preskripsi latihan jeda

       I.        3 x 1500meter x 2 set @ 8 minit (1: ½) bermaksud

      II.        3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian   di buat dalam 2 set dengan jeda selama 8 minit bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit.

CONTOH OTOT YANG TERLIBAT
1)    Trapizius
2)    Deltoid
3)    Biceps brachii
4)    Brachioradialis
5)    Gluteus maximus
6)    Sartorius
7)    Rectus femoris
8)    Vastus medialis
9)     Soleus
10) Grastrocnemius



                                                     GAMBAR LATIHAN JEDA



LATIHAN PLYOMETRIK

DEFINISI LATIHAN PLYOMETRIK
Perkataan Plyometrik adalah berasal daripadaperkataan Greek ‘Pleythein’ yang membawa maksud bertambah atau meningkat atau akar Greek;Plio dan Metric’ yang membawa maksud banyak dan terkira. Hari ini Plyometrik merujuk kepada ciri- ciri latihan tentang pengucupan otot – otot yang kuat dalam bertindak kepada kelajuan, beban atau meregangkan otot – otot yang terlibat. Latihan Plyometrik adalah satu system latihan kuasa (dynamic power) yang digunakan untuk meningkatkan kuasa otot yang terlibat pergerakan yang hampir sama dengan acara yang dilatih.

TUJUAN LATIHAN PLYOMETRIK
1.    Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat.
2.    Meningkatkan keupayaan anaerobik.
3.    Meningkatkan dayatahan kederasan otot dan dayatahan otot yang spesifik
4.    Meningkatakan kelajuan dan kekuatan otot.

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN PLYOMETRIK
1.    Lari setempat dengan lutut tinggi, tangan dihayun pantas.
2.    Lari setempat tumit menyentuh punggung.
3.    Lompat skip , tangan dihayun pantas.
4.    Lari langkah panjang (striding)
5.    Lompat berhalangan.

1)    Melantun dengan dua belah kaki (lompat jauh)

Prosedur :

Melonjak kuat ke hadapan dan ke atas sambil menghayun lengan ke hadapan. Mendarat segera dan melonjak semula.
2)    Melantun kaki bergilir-gilir

Prosedur :

Tangan di belakang kepala, melonjak seberapa jauh dan tinggi yang boleh sebelum mendarat di atas sebelah kaki.

3)    Lompatan pantas kedua-dua belah kaki

Prosedur :

Melonjak dan menghayun ke atas seberapa tinggi dan lutut di bawa ke dada, mendarat kemudian melonjak semula.

4)    Skip

Prosedur :

Cuba “terapung” dengan melonjak sebelah kaki kehadapan dan sebelah kaki ke belakang. Hayunan tangan kehadapan dan ke atas.

5)    Lompat kangkang


Prosedur :

Tapak tangan di belakang kepala. Melonjak seberapa tinggi yang boleh, mendarat dengan membengkokkan kaki ke hadapan dan melonjak semula.

6)    Lompat naik dan turun

Prosedur :

Melompat dengan dua belah kaki melepasi kotak yang diletakkan berjarak. Lompatan diteruskan, mendarat dan seterusnya sehingga selesai.

7)    Double leg jump

Prosedur :

Melompat dua belah kaki ke atas kotak. Turun dari kotak, mendarat dua belah kaki dan naik ke kotak kedua, turun dan seterusnya. Buat 8 ulangan iaitu 3 set. Ketinggian kotak : 36 inci.

8)    Horizontal swing.

Prosedur :

Memegang beban, membuat hayunan kekiri, kanan dan kebelakang. Buat 12 ulangan 3 set. Berat beban : 10 kg.

9)    One leg zig-zag

Prosedur :

Melompat rintangan berbentuk zig-zag. Buat 8 ulangan/3 set. Ketinggian halangan ; 36 inci
CONTOH OTOT YANG TERLIBAT
      1)    Trapizius
   2)    Deltoid
              3)    Triceps brachii
            4)    Biceps brachii
              5)    Brachioradialis
                 6)    Gluteus maximus
      7)    Sartorius
              8)    Rectus femoris
               9)    Vastus medialis
10)  Soleus
            11) Grastrocnemius




                                                      Gambar Latihan Plyometrik


  
LATIHAN BEBANAN

DEFINISI LATIHAN BEBANAN
Latihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan yang paling baik untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot.intensiti ,bebanan serta ulangan latihan bebanan berbeza mengikut tujuan latihan yang hendak dijalankan.mengikut Jesse bahawa:
“strength and muscular endurance are two important componens of physical fitness and are needed in varying in all types of work and play”
Oleh itu kemahiran – kemahiran tertentu adalah memerlukan otot – otot yang spesifik.
Untuk mendapatkan tahap kemahiran yang tinggi , otot – otot ini perlu dilatih dengan kekuatan dan daya tahan. Kesempurnaan kedua – dua komponen ini akan menjamin kejayaan dalam sukan yang diceburi nanti.

TUJUAN LATIHAN BEBANAN

1)    Meningkatkan kekuatan otot.

2)    Meningkatkan dayatahan otot.

          3)    Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan.

4)    Meningkatkan kuasa eksplosif.


CONTOH LATIHAN BEBANAN

1)    Bench Press
   2)    Leg Press
   3)    Pull Down
         4)    Leg Extension
5)    Sit Ups
6)    Running
   7)    Leg Curls
   8)    Step Ups
      9)    Calf Raises

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN BEBANAN
Terdapat 3 cara melaksanakan latihan bebanan:
a)      Latihan Isometrik

Isometrik bermaksud tanpa perubahan kepanjangan, oleh itu latihan isometrik ialah suatu jenis latihan kekuatan yang dilakukan tanpa melibatkan pergerakan atau pertukaran kepanjangan otot-otot yang terlibat. Apa yang berlaku ialah pengecutan statik dan walaupun latihan ini boleh menambahkan kekuatan tetapi kualiti kekuatan yang ditambah adalah kurang memuaskan dan tidak mendatangkan banyak faedah.

b)   Latihan Isotonik

Latihan Isotonik bermaksud otot-otot yang terlibat akan dipendekkan semasa senaman dilakukan. Senaman ini adalah jauh lebih berfaedah daripada latihan isometrik. Alatan-alatan yang digunakan dalam latihan ini termasuk dumbell, barbell serta mesin Multi-Gym, Universal, weider dan Paramount.

c)      Latihan Isokinetik

Kaedah latihan ini adalah yang paling berkesan kerana ia mengabungkan faedah-faedah daripada kedua-dua latihan isometrik dan isotonik. Suatu bentuk pengucupan yang istimewa dalam pengucupan isotonik. Pengucupan ini mengawal kepantasan pencapaian atlit. Tujuan pencapaian ini adalahuntuk menghasilkan proses pengucupan yang maksimum semasa pergerakan sepenuhnya (full range of movement). Tahap dan daya yang maksimum yang boleh dihasilkan melalui proses pengucupan ini bergantung kepada jenis pergerakan yang dilakukan. Kepantasan juga akan mempengaruhi hasil daya. Dalam pergerakan isokenetik, kepantasan telah ditentukan atau dikawal. Walaupun seberapa daya cubaan dibuat kepantasan tetap terkawal. Kebanyakan proses pengucupan otot adalah berbentuk kuasa.

JENIS OTOT YANG TERLIBAT
1)    Anterior deltoid
2)    Pectrolis major
3)    Triceps brachii
4)    Quadriceps
5)    Gluteus maximus
6)    Gastrocnemius
7)    Biceps brachii
8)    Brachioradialis


                                                     Gambar latihan bebanan

LATIHAN TEKANAN

DEFINISI LATIHAN TEKANAN
Latihan tekanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sesuatu permainan melalui situasi permainan sebenar dan dalam sesuatu ‘setting’ yang spesifik. Latihan ini dapat membantu pemain membina keyakinan dan kelicikan permainan dalam sesuatu situasi tertentu. Latihan tekanan juga dapat membina dan meningkatkan dayatahan otot yang lebih spesifik .Mc Partlin (1980) mendefinisikan latihan tekanan sebagai satu sistem latihan yang member peluang kepada para atlit melatih sesuatu kemahiran spesifik dengan berulang – ulang kali, mungkin beratus – ratus kali dalam jangka masa beberapa minit.

TUJUAN LATIHAN TEKANAN
1)    Meningkatkan dan mengekalkan kemampuan aerobic dan anaerobik.
2)    Meningkatkan kelajuan , ketangkasan, koordinasi, kekuatan dan kelembutan.
3)    Meningkatkan dayatahan otot tertentu.
4)    Mengekalkan dan membaiki tahap kemahiran dalam situasi permainan yang tertentu.
5)    Untuk mempercepatkan sistem tenaga dalam tubuh badan.sistem tenaga yang dominan dalam latihan tekanan ialah ATP-PC.

CONTOH LATIHAN TEKANAN
a)    Olahraga:pelari jarak sederhana
b)   Atlit 800m dan 1500m
c)    Larian zig – zag (larian selang - seli)

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN TEKANAN
1)    Melakukan aktiviti memanaskan badan.
2)    Pastikan aktiviti yang di pilih memberi  tekanan.
3)    Gerak kerja aktiviti hendaklah dilakukan berterusan dengan ulangan yang telah ditetapkan.
4)    Aktiviti boleh dijalankan dalam dua kumpulan atau lebih
5)    Tiap – tiap pelatih menjalankan latih tubi tekanan berterusan secara bergilir – gilir.
6)    Masa maksimum untuk menjalankan aktiviti diambil kira
7)    Masa rehat diberi sehingga kadar denyutan jantung sampai 150. Ia hanya diberi diantara set sahaja.
8)    Ulangan dan pertukaran aktiviti di tentukan oleh masa.


CONTOH OTOT YANG TERLIBAT
1)    Trapizius
2)    Deltoid
3)    Biceps brachii
4)    Brachioradialis
5)    Gluteus maximus
6)    Sartorius
7)    Rectus femoris
8)    Vastus medialis
9)     Soleus
10) Grastrocnemius
11) Triceps brachilis



                                                         Gambar Latihan Tekanan




LATIHAN LONG SLOW DISTANCE ( LSD )

DEFINISI LATIHAN LSD

Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan system tenaga aerobic kerana ia dapat merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan myoglobin yang membawa oksigen ke otot – otot serta meningkatkan aktiviti enzim yang terlibat dalam metabolisme asid lemak . (Asrand & Rodahl, 1977) kepada mereka peubahan fisiologi ini memberi kesan ke atas sistem kardio respiratori dan seterusnya dapat meningkatkan system tenaga aerobik . LSD ini juga sangat sesuai dijalankan untuk atlit supaya ia tidak mendatangkan kebosanan  kepada mereka. Jarak ideal disyorkan ialah 10km hingga 15km. (Fox, Methews, 1981) atlit tidak dikehendaki berlumba – lumba untuk mencapai kemenangan semasa larian ini, tetapi mereka dikehendaki menamatkan larian dalam jarak yang telah ditetapkan.
 
TUJUAN LATIHAN LSD
1.    Membina system aerobic ataupun kenerkesanan system kardoi respiratori
2.    Membina dayatahan kardiovaskular dan dayatahan otot kaki
3.    Dapat menamatkan larian dalam jarak yang ditentukan tanpa mengira faktor kemenangan.
4.    Dapat menikmati keindahan alam semula jadi.

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN LSD
Enam langkah perlaksanaan:
1)    Menentukan kadar nadi rehat.
2)    Aktiviti memanaskan badan.
3)    Menentukan kadar nadi latihan (KNL).
4)    Fasa latihan.
5)    Pengekalan KNL.
6)    Aktiviti menyejukkan badan.

1)    Menentukan kadar nadi rehat
-   Menentukan kadar nadi setiap individu sebelum latihan
 ( mengikut umur )

2)    Aktiviti memanaskan badan 
-     Sebelum melakukan latihan aktiviti daya tahan kardiovaskular , aktiviti memanaskan badan adalah amat penting
-    Contoh : cara memanaskan badan – berjalan pantas atau berlari setempat dan diikuti dengan aktiviti regangan dan kelonggaran.
-  Aktiviti regangan boleh membantu mengelakkan kecederaaan pada otot melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan suhu otot selain meningkatkan fleksibiliti dan menggerakkan sendi – sendi pada julat pergerakan yang optimum.

3)    Menentukan kadar nadi latihan ( KNL )
-  Sebelum melaksanakan LSD
   ·            Intensity latihan adalah berdasarkan kepada peratusan jumlah kadar nadi maksimum yang perlu dicapai semasa aktiviti fizikal.

   ·            Untuk menentukan intensity latihan kita boleh merujuk kepada zon latihan kardiovaskular atau peratusan intensity yang sesuai.

    ·            Intensity latihan dapat menentukan sama ada aktiviti fizikal kita lakukan berintensiti terlalu tinggi atau rendah berdasarkan kepada objektif latihan

#   Menentukan kadar nadi latihan (KNL)

  I.        KNM- kadar nadi maksimum

      Contoh penggiraan : umur 25 tahun
                            : KNM =220 – 25
                                     = 195 denyutan seminit

      Merujuk kepada zon latihan kardiovaskular : intensity sederhana adalah 70% - 80%

      KNL ( minimum ) = 70/100 x 195
                               = 156 denyutan seminit
      Intensity yang hendak di capai dan dikekalkan semasa melakukan aktiviti fizikal adalah antara 136 hingga 156 denyutan seminit.

                                   II.        Kaedah karvonen
      Umur 28 tahun
      KNR = 60 denyutan seminit
       = 220 – 28
       = 192 denyutan seminit
      KNL ( minimum ) = KNR + % ( KNM – KNR )
                               = 60 + 80% ( 192 – 60 )
                               = 60 + 70% ( 132 )   
                               = 60 + 92.4
                               =152.4 denyutan seminit

                      III.        KNL ( maksimum ) = KNR + % ( KNM – KNR )

                                 = 60 + 80% (192 – 60 )
                                 = 60 + 80% (152 )
                                 = 60 + 105.6
                                 = 165.6 denyutan seminit

      Intensity latihan yang perlu dicapai dan dikekalkan semasa melakukan aktiviti fizikal adalah antara 152 hingga 165 denyutan seminit.
4)    Fasa latihan

 ·       Berlari secara perlahan ( slow jog)
 ·       Lari sekeliling trek stadium sejauh 2km (5 pusingan )
 ·       Setelah berlari 1 pusingan , peserta yang berada di          belakang sekali akan berlari ke hadapan dan diikuti secara bergilir – gilir sehingga seterus
   ·     Apabila larian berjalan selama 3 pusingan, rehat dan ambil kadar denyutan nadi
   ·    Sambung semula larian 2 pusingan lagi dan berhenti
   ·     Mencatat kadar nadi untuk bacaan yang ketiga
   ·            Melakukan aktiviti regangan


5)      pengekalan kadar nadi latihan

    ·            Jangka masa larian yang disarankan ialah 50 minit        atau lebih untuk mendapat kesan daripada latihan kecergasan kardiovaskular.
    ·            KNL perlu dikekalkan dalam tempoh masa tersebut.
     ·            Intensity latihan adalah rendah dan dikekalkan bagi   jarak larian yang jauh.
 

6)    Aktiviti menyejukkan badan                                           

  ·            Latihan perlu diakhiri dengan melakukan aktiviti menyejukkan badan.

    ·            Amalan melakukan aktiviti menyejukkan badan dapat menyingkirkan asid laktik yang terkumpul di dalam badan.
 
CONTOH OTOT YANG TERLIBAT
1)    Trapizius
2)    Deltoid
3)    Triceps brachii
4)    Biceps brachii
5)    Brachioradialis
6)    Gluteus maximus
7)    Sartorius
8)    Rectus femoris
9)    Vastus medialis
10)  Soleus
11) Grastrocnemius


                                                            Gambar Latihan LSD


LATIHAN PARLOUF

DEFINISI LATIHAN PARLOUF
Latihan parlouf adalah satu kaedah latihan untuk mencapai kecergasan fizikal dan kemahiran dalam acara lari berganti-ganti seperti 4x100 meter (relay) terutamanya persediaan pra musim. Ia merupakan satu sistem latihan yang melibatkan 2 atau lebih individu yang kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut keperluan dalam melakukan latihan ini. Semasa musim persediaan terutama acara lari berganti-ganti teknik atau kemahiran pertukaran button perlu dikuasai oleh atlet.

TUJUAN LATIHAN PARLOUF
1)    Meningkatkan tahap ambang anaerobik.
2)    Meningkatkan kemahiran atlit.
3)    Meningkatkan ketangkasan dan kelajuan.
4)    Meningkatkan keupayaan anaerobik.

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN PARLOUF
1)    Mencatat kadar nadi rehat.
2)    Aktiviti memanaskan badan.
3)    Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut keperluan.
4)    Latihan dijalankan sebanyak 3 set dan setiap set mengandungi 3 ulangan.
5)    Latihan mengikut jadual yang disediakan.
6)    Jarak setiap larian ialah 100 meter.
7)    Kadar nadi latihan ialah 70%
8)    Pencapain peserta akan direkodkan.
9)    Aktiviti penyejukan badan selepas latihan.

CONTOH OTOT YANG TERLIBAT
1)    Deltoid
2)    Biceps
3)    Brachioradialis
4)    Quadriceps
5)    Gluteus
6)    Hamstring
7)    Gastrocnemius
8)    Triceps 


                                                                  Gambar latihan parlouf


Etika
Kekuatan mental dan spiritual benar-benar mempengaruhi kehidupankita. Kekuatan fizikal yang kita miliki adalah lahir dari kekuatan mental danspiritual . Kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabung dan dimantapkan, kerana itu apabilakita disuruh melakukan sesuatu tugas atau kerja, kita perlu melakukan dengansepenuh jiwa dan raga (Yosep,2005).

Nota
Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori,dan , kecergasan aerobik.

Semak cepat

A ) Kompenen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
1)  Daya Tahan Kardiovaskular
-2)  Daya Tahan Otot
3 ) Kekuatan Otot
4 ) Fleksibiliti
5 ) Komposisi Tubuh

B) Konsep Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor
1 ) Kepantasan
2)Kuasa
3 ) Koordinasi
4 ) Keseimbangan
5 ) Ketangkasan 
6 ) Masa Tindak Balas


Galeri info
Kaedah latihan fizikal boleh diklasifikasikan mengikut penggunaan atau keperluan sistem tenaga iaitu :
(a) Kaedah Latihan Aerobik
(b) Kaedah Latihan Anaerobik


Istilah penting.

Kadar Nadi Latihan Kadar yang perlu dikekalkan semasa senaman aerobik untuk mencapai sasaran latihan. Kadar ini biasanya
berada pada tahap intensiti 65% ke 85% kadar nadi maksimum.
Kadar Nadi Maksimum Bilangan degupan tertinggi yang boleh dicapai oleh jantung dalam satu minit.
Kadar Nadi Rehat Bilangan degupan minimum jantung yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan semasa rehat.
FITT · ‘F’ mewakili ‘Frequency’ (kekerapan) yang merujuk kepada berapa kerap kamu melakukan senaman.
· ‘I’ mewakili ‘Itensity’ (intensiti) yang merujuk kepada jumlah usaha yang kamu gunakan untuk melakukan
senaman.
· ‘T’ mewakili ‘Time’ (tempoh) yang merujuk kepada berapa lama kamu melakukan senaman.
· ‘T’ mewakili ‘Type’ (jenis) yang merujuk kepada jenis senaman yang kamu lakukan.
Lipatan kulit Satu cubitan kulit berserta lemak di bawahnya. Ketebalan cubitan ini akan menunjukkan status kandungan lemak badan.


Soalan struktur
1.  Nyatakan kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
i)...................................................................................
ii)...................................................................................
iii)..................................................................................
iv)..................................................................................
2. Nyatakan kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor.
i)...................................................................................
ii)...................................................................................
iii)..................................................................................
iv)..................................................................................
3.  Apakah dimaksudkan daya tahan kardiovaskular?
...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
4. Nyatakan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melakukan aktiviti tekan tubi?
...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
5. Nyatakan faedah melakukan aktiviti membina kekuatan otot.
...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
6. Bagaimana cara untuk kita membina kepantasan?
...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Isnin, 2 Januari 2017

SEPAKRAGA RATUS/TUJU

Sepak Raga Ratus
Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menimbang bola. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau lima (5) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola raga. Gelanggangnya adalah permukaan rata, dibina lengkang bulatan bergaris pusat tiga (3) meter.
Intro
Permainan sepak raga tuju popular di negeri sebelah utara semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perak. Manakala sepak raga bulat/ratus adalah warisan dari kesultanan melaka mungkin, berdasarkan kisah Hang Tuah bersama rakannya yang bermain di tepi pantai pada ketika itu. Pemain sekurang-kurangnya 2 orang dan maksima bagi sesuatu bulatan ialah 8.



                                                  Permainan dengan tujuh orang pemain.


                                                Permainan dengan lima orang pemain

Sepak Raga Bulat/Ratus
Ianya bergantung pada jenis permainan itu sendiri. permainan sepak raga bulat dan ratus mungkin mempunyai persamaan. ini kerana ianya akan dikira berdasarkan berapa banyak jumlah sepakan/timbangan yang dibuat oleh pemain.
Pemain juga boleh menimbang seberapa banyak yang boleh tanpa mempunyai had yang tertentu. dalam permainan ini, pemain hanya mungkin menggunakan sepakan sila untuk menimbang bola. bola pula akan ditimbang tinggi-tingg , sebelum dihantar kepada pemain lain.

Sepak Raga Tuju
Permainan ini mempunyai persamaan dengan yang di atas. bezanya, bola akan dihantar kepada pihak lawan dengan cara tuju/tikam kepada pemain di hadapan. pemain di hadapan pula akan cuba mengangkat bola tersebut dan begitulah seterusnya sehingga bola jatuh.



                                                                           Timbang sila                                




Timbang kuda


Pemain bukan sahaja perlu mahir menimbang bola dengan kaedah timbang sila, tetapi juga timbang kuda. Ini kerana dalam permainan ini memerlukan pemain untuk menggunakan kedua2 teknik tersebut. Kepala jarang sekali digunakan.
Setiap pemain boleh menimbang bola sebanyak tiga kali. bola perlu dihantar kepada pemain lain pada kiraan yang ketiga. Syarat lain ialah, bola perlu sampai kepada pemain lain, dibawah paras lutut. ini akan memudahkan pemain lain untuk mengangkat bola tersebut dan meneruskan permainan.


Kemahiran mengawal bola
. Tumpuan pada bola yang datang
. bersedia menerima bola sentuhan pertama.
. serap daya kawalan bola
. seterusnya mengumpan

MENGUMPAN

·                     Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri sedia, dirian tapak dan melakukan sepakan.
·                     Bersedia mengawal bola.
·                     Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.
·                     Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan
·                     Imbangkan badan dengan tangan.

Nota
Cordes & Ibrahim (1996) ….. “penyertaan atau penglibatan secara sukarela dalam aktiviti masa lapang yang bermakna dan menyeronokkan kepada mereka yg terlibat”

Semak cepat

FRESBE

Fresbe
Pada tahun 1871, berikutan Perang Saudara, William Russell Frisbie berpindah dari Bransford, Connecticut, di mana bapanya, Russell, telah beroperasi kilang menggiling yang berjaya, untuk Bridgeport, Connecticut. Digajikan untuk menguruskan kedai roti baru, cawangan Olds Baking Company of New Haven, beliau tidak lama lagi membelinya secara terang-terangan dan menamakannya yang Frisbie Pie Syarikat (363 Kossuth Street). W.R. meninggal dunia pada tahun 1903 dan anaknya, Joseph P., dikendalikan ketuhar sehingga kematiannya pada tahun 1940. Di bawah kepimpinan beliau, syarikat kecil berkembang 6-250 laluan, dan kedai-kedai dibuka di Hartford, Connecticut; Poughkeepsie, New York; dan Providence, Rhode Island. balunya, Marian Rose Frisbie, dan pengurus kilang lama, Joseph J. Vaughn, bakar pada sehingga Ogos 1958 dan mencapai kemuncaknya pengeluaran 80,000 pai sehari pada tahun 1956.

Dalam operasi baking sebaliknya mudah ini kita mencari asal-usul Frisbee yang terawal! Kini syarikat itu menawarkan pelbagai gula-gula kedai roti, termasuk pai dan cookies, dan di dalamnya tinggal akar kontroversi. Sebab ada dua buah sekolah berkerak mengenai asal-usul Frisbee ini: the-Tin Pie School dan Tin School Cookie-, setiap kem memegang dgn tulus ikhlas kepada hujah sendiri.

The Pie-Tin School. Rakyat pai-tin menuntut pelajar Yale membeli pai Frisbie yang (sudah pasti merawat dalam diri mereka sendiri) dan dilambung prototaip seluruh kampus Eli. Ini mencampakkan awal akan menyeru "Frisbie" untuk memberi isyarat penangkap. Dan juga mereka mungkin, untuk Frisbee tin adalah sesuatu yang lain lagi untuk menangkap.

The Cookie-Tin School. Kini rakyat tin biskut bersetuju mengenai butiran ini kecuali satu, mereka menegaskan bahawa benar, prototaip asal adalah penutup cookie-tin yang diadakan dalam kebaikan cookies gula Frisbie ini

Ultimate Frisbee Skills & Strategi
Lontaran Kilas :



 lontaran kilas adalah lontaran bahawa kebanyakan orang tahu.
• Grip cakera dengan pertama tertutup, jari anda dibalut di sekeliling rim dan
ibu jari di atas (tetapi tidak lurus keluar).
• Kaki anda perlu kira-kira lebar bahu selain sejajar dengan sasaran anda.
• Putar bahagian atas badan anda seperti berada di anda menyasarkan dengan memakai berat badan anda.
kaki belakang.
• Kemudian, beralih berat badan anda ke hadapan dengan langkah, pusing bahagian atas badan ke arahsasaran anda, manakala berayun lengan anda dan cakera ke hadapan dengan tahap gerakan yang lancar .
• Sentap pergelangan tangan anda melepaskan cakera pada sasaran anda untuk meletakkan lebih spin di atasnya. Ini gerakan adalah sama seperti menyentap tuala.

 Forehand :



 pukulan depan adalah satu keperluan dalam Ultimate Frisbee.
• Grip cakera di tangan anda antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Ibu jari perlu berada di atas cakera pertengahan dan indeks jari anda perlu berada dirim bahagian dalam cakera. Untuk kestabilan lebih memanjangkan jari telunjuk ke arahpertengahan cakera.
• Kaki anda harus lebar bahu selain dan anda hendaklah menghadap penerima anda.
• Mula dengan berat badan anda beralih ke kaki pivot anda.
• Gerak lengan anda dan cakera sedikit ke belakang.
• Lancar beralih berat badan anda ke kaki bukan pivot-anda dan menjadikan badan anda, bahu, dan lengan ke hadapan kerana anda snap pergelangan tangan anda, melepaskan cakera pada sasaran anda.
• Pastikan selari lengan anda ke tanah dan tapak tangan yang dihadapi sehingga ketika mengamalkan lontaran ini.

Penangkapan:



 Bersama-sama dengan membaling, menangkap adalah salah satu daripada dua kemahiran yang paling penting dalam Ultimate Frisbee. Pastikan untuk sentiasa menjaga mata anda pada cakera sehingga anda mempunyai tangkapan yang baik.
• Pada tangan rim tangkapan: satu tangan hanya perlu digunakan apabila anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua tangan pada cakera. Contohnya termasuk melemparkan sangat tinggi, melemparkan sangat rendah, dan melemparkan belakang anda.
• Dua tangan rim tangkapan: Untuk melemparkan bawah pinggang dan ke atas dagu. Dengan melemparkan di atas dagu, pujian harus menunjuk ke bawah. Untuk melemparkan bawah pinggang, ibu jari Perlu ditegaskan up.
• Pancake: pancake ini adalah yang paling "pasti" menangkap dan harus digunakan bila-bila masa mungkin. Ia adalah lebih baik digunakan untuk melemparkan pinggang dan dagu peringkat. Cuba untuk mendapatkan tubuh anda dalam hadapan cakera. Jika anda boleh melompat atau slaid ke Pancake cakera, ia adalah lebih baik untuk menangkap ia dengan rim.
Cutting: Cutting adalah penting Ultimate Frisbee kemahiran. Jika anda boleh membuat pemisahan antara anda dan pemain pertahanan anda, anda lebih cenderung untuk mendapatkan cakera. cutting ialah apa yang akan memberikan anda perpisahan itu. Elemen paling penting dalam cut adalah perubahan mendadak dalam arah. Terdapat pelbagai cara untuk menubuhkan pertahanan anda pada luka. Dua yang paling cara biasa adalah:
 1. Drive di pertahanan anda untuk mendapatkan mereka hilang keseimbangan dan kemudian dipotong kepada anda inginkan lokasi.
 2. Drive dari pemain pertahanan anda. Sebaik sahaja mereka komited untuk mengikuti anda, potong di bawah atau di belakang mereka.
Tips untuk memotong:
• "Jual" cut anda - membuat pemotongan anda kelihatan seperti pilihan yang sebenar.
• Jangan "pusingan" luka anda - pastikan luka anda adalah tajam.
• Kurangkan berjalan kaki di luar anda - jika anda adalah cut ke kanan, potong kaki kiri anda. Iniakan membuat pemotongan anda lebih cepat.
Penandaan dan Gerai Counting: tanggungjawab penanda adalah untuk mengelakkan pelontar yang daripada membuang dalam satu arah dan mengira kandang. Memulakan gerai dengan berkata, "Punah 1." Teruskan ke sepuluh pada satu jangka masa yang kedua. Jika anda mula dengan perkataan "sepuluh" sebelum pelontar yang mengeluarkan cakera, ia adalah sebuah gerai, yang menyebabkan perolehan.

Bagi memaksimumkan kawasan yang anda meliputi:
• Ikuti seimbang.
• Jangan menyergap.
• Jangan menyeberang kaki anda ke atas.
• Pastikan kaki lebar bahu anda selain, bengkok lutut dan punggung anda rendah ke tanah.
• Sebagai pelontar yang palsu dan pivots, shuffle lebih untuk menghalang lontaran.
• Belajar apa melemparkan dan apa pelepasan menunjukkan pelontar yang suka menggunakan dan tanda sewajarnya.

Stack: Terdapat beberapa set menyinggung perasaan dalam Ultimate Frisbee. set Serangan adalah direka untuk mewujudkan ruang supaya pemain boleh dipotong ke dalam kawasan terbuka. Yang paling asas dan set serangan popular ialah Stack. Dalam timbunan, semua pemain serangan berbaris dalam yang tengah-tengah padang. Pemain paling dekat harus bermula kira-kira 8-10 kilometer sehingga bidang mencampakkan. Setiap pemain dalam timbunan patut dipisahkan oleh 3-5 kilometer, memberi semua orang ruang yang cukup untuk memotong tanpa menyebabkan picks. Ini perlu mewujudkan ruang pada kedua-dua belah timbunan untuk memotong. timbunan adalah dalam "zon mati" manakala ruang di sisi dipanggil "zon memotong." Selepas anda membuat potongan, pastikan untuk membersihkan keras semula ke dalam timbunan untuk memberi ruang pemotong sebelah dipotong.

 "Keratan Zone"



ULTIMATE DALAM 10 peraturan sederhana
1. Bidang: A bentuk segi empat tepat dengan zon akhir di setiap hujung. Padang adalah
64 meter panjang dengan 37 meter lebar , dengan zon akhir 18meter dalam.
2. Memulakan Main - Setiap mata bermula dengan kedua-dua pasukan beratur di hadapan merekamasing-garis zon akhir. pertahanan melemparkan cakera untuk kesalahan itu. peraturan A permainan mempunyai tujuh pemain setiap pasukan.
3. Pemarkahan - Setiap kali kesalahan itu melengkapkan lulus zon akhir pembelaan, yang skor kesalahan mata. Permainan akan dimulakan selepas setiap skor.
4. Pergerakan Cakera - Disk boleh maju ke segala arah dengan melengkapkan hantaran kepada pemain sepasukan. Pemain tidak diperbolehkan berlari dengan cakera. Orang yang dengan cakera (pelontar) mempunyai sepuluh saat untuk membuang cakera. Pemain pertahanan menjaga yang pelontar (tanda) yang diambil kira daripada kiraan kandang.
5. Perubahan pemilikan - Apabila lulus tidak selesai (daripada batas, drop, blok, pemintasan), pertahanan dengan segera mengambil milik cakera dan menjadi pihak lawan.
6. Bukan hubungi - Tiada sentuhan fizikal dibenarkan antara pemain. Pilihan dan skrin juga dilarang. busuk berlaku apabila hubungan dibuat.
7. Faul - Apabila seorang pemain memulakan hubungan pada pemain lain kekasaran berlaku. apabila seorang menggugat busuk pemilikan, main semula seolah-olah milik dikekalkan. Jika Pemain melakukan tidak dipersetujui oleh busuk dengan seruan busuk, bermain itu dilakukan semula.
8. Self-Pengadilan - pemain bertanggungjawab untuk busuk dan talian Panggilan mereka sendiri. Pemain menyelesaikan pertikaian mereka sendiri.
9. Roh permainan - Ultimate Frisbee menekankan kesukanan dan adil. Permainan yang kompetitif adalah digalakkan, tetapi tidak pernah dengan mengorbankan menghormati antara pemain, pematuhan kepada peraturan, dan kegembiraan asas permainan.
10. cakera A adalah seperti sepasang gunting. Anda tidak sepatutnya berjalan dengan sama ada! Apa yang akan Berlaku Semasa Permainan yang Captains dari setiap pasukan flip cakera serentak (pada masa yang sama). Seorang kapten atau ketiga Pemain panggilan "Sama" atau "berbeza" sebelum cakera mencecah tanah. Jika panggilan pemain betul, maka / pasukan beliau mempunyai pilihan untuk membuang atau menerima yang pertama "menarik", untuk memilih yang zon akhir mereka ingin mempertahankan untuk mata pertama.

Apabila menarik pasukan (pasukan yang membuang pertama) bersedia untuk memulakan permainan, penarik (yang satu membaling cakera) memegang cakera di atas kepala / beliau. Apabila ahli menerima pasukan memegang tangan mereka di atas kepala mereka untuk memberi isyarat kesediaan, tarik boleh menjadi dibuang.
Pada tarik, pasukan yang menerima tidak perlu untuk menangkap cakera untuk mengambil milik. Ia boleh hanya dibenarkan untuk mendarat. Walau bagaimanapun, orang yang kena cakera pertama (sama ada dengan menangkap ia atau mengutipnya kembali dari tanah) mestilah "pengendali" pertama. Biasanya pasukan yang menerima akan menetapkan pemain untuk menjadi pengendali sebelum tarik, untuk mengurangkan kekeliruan. Jika cakera mencecah tanah dan mula bergolek, mana-mana pemain dalam pasukan yang menerima boleh menghentikan merekakemajuan tanpa perlu menjadi pengendali itu.

Gerai Count
Setiap pemain mempunyai 10 saat untuk membuang cakera. Jika cek anda (iaitu, pemain bertahan anda apabila anda mempunyai cakera) tidak mengira, sila mengingatkan mereka untuk mengira dengan kuat kepada 10; sering lebih baru pemain lupa. Jika seseorang itu mengira terlalu cepat, anda boleh menghubungi kiraan cepat; pada ketika ini mereka mesti kembali 2 dalam kiraan kandang. Jika mereka terus mengira terlalu cepat dan anda memanggilnya sekali lagi dalam kiraan gerai yang sama, bermain berhenti dan kiraan kembali kepada 0.

Pilihan
Jika mana-mana pemain di atas padang menghalang kemajuan pemain pertahanan cuba untuk memeriksa mereka rakan sejawatannya dari serangan, pemain pertahanan perlu memanggil memilih dengan kuat supaya tidak bermain terus. Jika bermain terus dan cakera diserahkan, perolehan itu diletakkan. Pertahanan Pemain mesti berada dalam 10 kaki (3 meter) cek mereka untuk memanggil pick a.

faul
Faul adalah hasil daripada sentuhan fizikal antara pemain lawan. A busuk menangkap mungkin dipanggil apabila terdapat hubungan antara pemain lawan dalam proses cuba yang menangkap, pemintasan, atau mengetuk ke bawah. Jumlah tertentu berlaku sentuhan tidak sengaja semasa atau selepas percubaan menangkap sering tidak dapat dielakkan dan tidak busuk. Jika seorang pemain kenalan lawan sebelum cakera tiba dan dengan itu mengganggu yang lawan cuba untuk membuat mainan kata pada cakera, pemain yang telah melakukan kesalahan. Jika percubaan pemain untuk membuat mainan kata pada cakera menyebabkan kesan yang besar dengan kedudukan yang sah lawan bergerak, sebelum atau selepas cakera tiba, ia dianggap "berbahaya ketakutan "dan busuk.
Jika kekasaran menangkap berlaku dan tanpa bertanding, pemain mengasari keuntungan milik di titik pelanggaran. Jika panggilan dipertikaikan, cakera kembali kepada pelontar itu. Jika busuk tanpa bertanding berlaku di zon akhir, pemain mengasari keuntungan milik pada yang paling dekat titik pada garis gawang untuk pelanggaran.

Melontar faul adalah apabila gerakan yang berlalu pelontar itu terhalang oleh penanda bergerak sebelum melepaskan cakera. Jika penanda yang tidak bergerak, pelontar mungkin tidak melangkah ke dalam mereka untuk melengkapkan lulus.
jalur
Seorang pemain pertahanan mungkin tidak mengetuk cakera dari tangan seorang pemain menyakitkan hati.

Perjalanan
Pemain serangan mungkin tidak mengheret kaki pivot mereka atau berjalan dengan cakera. Seorang pemain yang berlari dan menangkap mesti cuba untuk berhenti secepat mungkin (3 langkah maksimum) sebelum melontar kepada pemain sepasukan.

Ini adalah peraturan yang paling biasa. Jika seseorang sentiasa melanggar peraturan, ia mungkin tidak kerana mereka adalah un bersemangat; ia mungkin kerana mereka tidak tahu peraturan.

REKREASI DAN KESENGGANGAN