Isnin, 2 Januari 2017

SEPAKRAGA RATUS/TUJU

Sepak Raga Ratus
Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menimbang bola. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau lima (5) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola raga. Gelanggangnya adalah permukaan rata, dibina lengkang bulatan bergaris pusat tiga (3) meter.
Intro
Permainan sepak raga tuju popular di negeri sebelah utara semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perak. Manakala sepak raga bulat/ratus adalah warisan dari kesultanan melaka mungkin, berdasarkan kisah Hang Tuah bersama rakannya yang bermain di tepi pantai pada ketika itu. Pemain sekurang-kurangnya 2 orang dan maksima bagi sesuatu bulatan ialah 8.



                                                  Permainan dengan tujuh orang pemain.


                                                Permainan dengan lima orang pemain

Sepak Raga Bulat/Ratus
Ianya bergantung pada jenis permainan itu sendiri. permainan sepak raga bulat dan ratus mungkin mempunyai persamaan. ini kerana ianya akan dikira berdasarkan berapa banyak jumlah sepakan/timbangan yang dibuat oleh pemain.
Pemain juga boleh menimbang seberapa banyak yang boleh tanpa mempunyai had yang tertentu. dalam permainan ini, pemain hanya mungkin menggunakan sepakan sila untuk menimbang bola. bola pula akan ditimbang tinggi-tingg , sebelum dihantar kepada pemain lain.

Sepak Raga Tuju
Permainan ini mempunyai persamaan dengan yang di atas. bezanya, bola akan dihantar kepada pihak lawan dengan cara tuju/tikam kepada pemain di hadapan. pemain di hadapan pula akan cuba mengangkat bola tersebut dan begitulah seterusnya sehingga bola jatuh.



                                                                           Timbang sila                                




Timbang kuda


Pemain bukan sahaja perlu mahir menimbang bola dengan kaedah timbang sila, tetapi juga timbang kuda. Ini kerana dalam permainan ini memerlukan pemain untuk menggunakan kedua2 teknik tersebut. Kepala jarang sekali digunakan.
Setiap pemain boleh menimbang bola sebanyak tiga kali. bola perlu dihantar kepada pemain lain pada kiraan yang ketiga. Syarat lain ialah, bola perlu sampai kepada pemain lain, dibawah paras lutut. ini akan memudahkan pemain lain untuk mengangkat bola tersebut dan meneruskan permainan.


Kemahiran mengawal bola
. Tumpuan pada bola yang datang
. bersedia menerima bola sentuhan pertama.
. serap daya kawalan bola
. seterusnya mengumpan

MENGUMPAN

·                     Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri sedia, dirian tapak dan melakukan sepakan.
·                     Bersedia mengawal bola.
·                     Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.
·                     Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan
·                     Imbangkan badan dengan tangan.

Nota
Cordes & Ibrahim (1996) ….. “penyertaan atau penglibatan secara sukarela dalam aktiviti masa lapang yang bermakna dan menyeronokkan kepada mereka yg terlibat”

Semak cepat

3 ulasan: