Keselamatan
Buli bermaksud
perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan
mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain
yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam
bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas
mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan
harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang
tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh
mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Pembuli
·
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat,
lima, dan enam.
·
Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
·
Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah
sebaya.
·
Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
·
Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat,
berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Di Malaysia,
pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu
tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
·
Bertubuh kecil.
·
Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
·
Pelajar baru di sekolah.
Kenapa mereka sering membuli
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa
mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
·
Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk
mengubah tingkah laku pelajar.
·
Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa
tidak puas hati mereka.
·
Mereka pernah menjadi mangsa buli.
·
Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak
pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
·
Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan
ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering
bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
·
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai
masalah disiplin.
·
Akibat perceraian ibu bapa.
·
Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
·
Sekadar mahu berseronok.
·
Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan
salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
·
Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau
sebab-sebab yang tertentu
·
Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
·
Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting
ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku
yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga
seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.
Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli?
Ramai beranggapan perbuatan buli hanya
melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut
terlibat dalam perbuatan tersebut.
Biarpun peratusannya agak sedikit, namun
perkara tersebut mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak
dibendung.
Buli di kalangan pelajar perempuan biasanya
melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan
tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk
dijadikan bahan ejekan.
Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar
perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki.
Jenis-jenis
Buli
Buli
mengancam kesihatan dan perkembangan pelajar.
Pelajar
menolak sesama sendiri.
Buli fizikal
·
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang,
menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan
kecederaan.
·
Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli mental
·
Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau
nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar
senior yang membuli.
·
Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media
massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
Kesan buli
Pembuli
Kesan luaran:
·
Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.
·
Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau
menjadi seorang pendera terhadap isteri.
Dibuli
Kesan luaran
·
Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk
mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.
·
Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.
Kesan dalaman
·
Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja,
sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah,
dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana
merasakan diri mereka tidak berguna.
Apakah yang patut dilakukan sekiranya dibuli?
Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan
kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan
sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi
Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk
menangani masalah buli iaitu:
Tahap sekolah
Sesetengah
sekolah dengan masaalah buli telah menanganinya dengan memasang kamera CCTV.
1.
Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli
yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau
fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal
selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes
buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang
perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.
2.
Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan
dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di
sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk
dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini
merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang
boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.
3.
Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman
sewajarnya kepada pembuli.
4.
Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara
tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster.
5.
Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat
sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru
kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan
mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
6.
Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda
mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.
Tahap kelas
1.
Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan
dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan
semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan
fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor
melakukannya.
2.
Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai
peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen
tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu
bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku
antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.
3.
Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu
buli dari semasa ke semasa.
Tahap individu
1.
Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa.
Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan
menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi
juga ibu bapa atau penjaga mereka.
2.
Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang
memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami
perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan
pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.
Nota
Kekurangan penghayatan
nilai-nilai moral dan agama boleh menyebabkan para remaja terlibat dalam gejala
negative seperti buli ini. Hal ini disebabkan remaja tidak berasa bersalah jika
melakukan perkara yang dilarang dan ditengah oleh agama.
Semak
cepat
• Faktor yang mendorong ke arah gejala buli
•kegagalan ibubapa melaksanakan
tanggungjawab
•pengaruh rakan sebaya
•kurang penghayatan nilai-nilai moral dan agama
•kurang pengawasan dan kawalan disiplin
yang longgar disekolah
Galeri
info
Perbuatan membuli boleh menyebabkan mangsa
tertekan dan ketakutan. Ini menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut
dan tidak berani datang ke sekolah lagi. Jelaslah bahawa kadar ponteng sekolah
dalam kalangan pelajar yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka takut
datang ke sekolah.
Istilah
penting.
Antisosial-tidak suka bergaul
dengan orang lain(masyarakat)
Personaliti- sifat dan sikap
seseorang yang membentuk perwatakannya; keperibadian.
Identiti- aspek-aspek
tertentu(tingkah laku, cara berpakaian dan sebagainya) yang dapat menunjukkan
sifat diri seseorang.
Soalan
struktur
1.
Siapakah yang sering membuli dan dibuli?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2. Adakah perempuan
terlibat dalam perbuatan buli?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
3. Kenapa remaja yang
lemah sering dibuli?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
4. Kenapa pelajar yang
kuat dan ada kumpulan gangster suka membuli?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
5. Beri pandangan cara
mengatasi masalah buli di sekolah?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
6.Apakah yang patut
dilakukan oleh anda sekiranya terserempak dengan kes buli?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎ ︎
BalasPadam