Kemahiran Menangani Pengaruh Dalaman dan Luaran
LATAR
BELAKANG
Kesihatan reproduktif ditakrifkan sebagai
“keadaan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya bebas dari
penyakit dalam semua perkara yang berkaitan dengan sistem reproduktif, fungsi
dan prosesnya. Ia merangkumi keupayaan untuk menjalin kehidupan seksual yang
memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab”.
Kesihatan
seksual pula adalah komponen penting dalam kesihatan reproduktif. Ia merupakan
keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan
selamat.
Malaysia
telah menerima pakai persetujuan hasil Persidangan Kependudukan dan Pembangunan
Antarabangsa, Kaherah 1994 (International Conference on Population and
Development, Cairo 1994) yang menekankan perlunya: “Protect and promote the
rights of adolescents to the enjoyment of the highest attainable standard of
health, provide appropriate, specific, user-friendly and accessible services to
address their reproductive and sexual health needs, including reproductive
health education, information, counseling and health promotion strategies”.
Peringkat
remaja ditafsirkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai peringkat umur 10
– 19 tahun. Ia merupakan masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa
yang penuh dengan cabaran fizikal, mental dan sosial. Dalam menghadapi
cabaran-cabaran ini, proses pengubahsuaian dan pembelajaran akan menglibatkan
pengambilan risiko oleh golongan remaja, yang boleh menentukan samada hasilnya
bersifat membina ataupun membinasa
Semakin
ramai remaja yang terlibat dengan aktiviti seks datang ke klinik dengan masalah
penyakit kelamin, kehamilan yang tidak dirancang dan masalah berkaitan hubungan
seks. Sekiranya tiada perkhidmatan disediakan, mereka akan terdedah kepada
risiko kehamilan remaja, komplikasi penyakit kelamin, pengguguran tidak selamat
dan pembuangan bayi. Peka dengan keperluan anggota kesihatan yang menghadapi
dilema untuk mengendali kes remaja dengan masalah seksual dan reproduktif, maka
garis panduan ini diwujud untuk memperkasakan warga anggota kesihatan dalam
membuat keputusan yang wajar dan menyeluruh.
KEHAMILAN DAN PENGGUGURAN
Kehamilan
dan pengguguran dalam kalangan remaja semakin meningkat di negara ini. Laporan
Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan kelahiran dalam kalangan remaja berumur
15 hingga 19 tahun bertambah dari 15,849 (2004) kepada 17,600 (2008),.
Data
yang dikumpul dari Klinik Kesihatan KKM seluruh negara menunjukkan jumlah
remaja Hamil 10 hingga 19 tahun dari Julai hingga Disember 2010 adalah sebanyak
5,962. Seramai 4,441(75%) remaja telah berkahwin manakala 1,521 (25%) belum
berkahwin.
Data mengenai pengguguran sukar diperolehi.
Walau bagaimanapun laporan dari satu klinik swasta menunjukkan daripada 3,504
pelanggan yang menggugurkan kandungan, 183 (5%) terdiri dari golongan remaja,
(Book of Abstracts, 9th IAAH World Congress, 2009). Turut membimbangkan adalah
peningkatan kejadian pembuangan bayi yang dilaporkan media massa di mana purata
100 bayi dibuang setahun (The Star, Malaysia, 10/02/2011)
1.2 CONTOH KES DAN ISU-ISU BERKAITAN KEHAMILAN
DAN PENGGUGURAN REMAJA
Kes 1
S,
berumur 15 tahun datang sendirian ke klinik kesihatan kerana masalah haid yang
tidak menentu. Haid akhir adalah 3 bulan yang lalu. Pengamal Perubatan
menyatakan bahawa masalah tersebut adalah masalah biasa di kalangan gadis
belasan tahun. S tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain, tetapi akhirnya
mengaku bahawa beliau pernah tidur dengan beberapa teman lelaki. Pemeriksaan
kehamilan mengesahkan S mengandung.
Kes 2
Puan
W, telah membawa anak gadis beliau yang berumur 12 tahun yang telah disahkan
mengandung 2 bulan akibat sumbang mahram. Beliau tidak dapat menerima kenyataan
dan meminta pihak klinik untuk menggugurkan kandungan tersebut.
Kes
3
K,
seorang pelajar berumur 17 tahun dan belum berkahwin, telah datang ke klinik
kesihatan untuk mendapatkan rawatan. Pemeriksaan menunjukkan beliau telah
mengandung 8 bulan. K tidak mahu keluarga beliau tahu berkenaan masalah yang
dihadapi.
Isu-isu yang berkaitan:
a.
Pendaftaran:
i.
Perlukah pengesahan status perkahwinan?
b.
Keizinan untuk prosedur dan rawatan perubatan
i.
Siapakah yang boleh memberi keizinan?
c.
Statutory rape:
i.
Apakah definisi statutory rape? - hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan
berumur di bawah 16 tahun sama ada secara rela atau tidak.
ii.
Adakah perlu membuat laporan?
d.
Rawatan dan pengendalian
e. Kerahsiaan
f. Pengguguran:
i.
Bilakah pengguguran dibolehkan?
g.
Rujukan dan tindak susul
h. Data dan maklumat:
i.
Kehamilan dan pengguguran dalam kalangan remaja
i. Sokongan keluarga, sosial, pendidikan dan
agama
j.
Rujukan kepada Pegawai Pelindung (JKM)
KEGANASAN
SEKSUAL (Rogol, Cabul, Liwat dan Sumbang Mahram)
PENGENALAN
Dunia
sedang berhadapan masalah seks global yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ia
juga melanda remaja di negara ini. Saban hari, pasti ada saja kes melibatkan
pelacuran dan jenayah seks. Masalah itu menyebabkan seks bebas, kehamilan,
pengguguran dan kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, jangkitan penyakit
kelamin, HIV atau AIDS dan keganasan seks dalam kalangan remaja tidak lagi
asing bagi masyarakat tempatan. Gejala seperti itu sebenarnya mengheret manusia
jauh dari peradaban dan ajaran agama. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia
dari tahun 2006 hingga 2008, menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kes
rogol iaitu 3,414 kes pada tahun 2008 berbanding 2,431 kes pada tahun 2006. Ini
sekaligus membuktikan betapa seriusnya nilai moral dan akhlak generasi hari
ini. Walau bagaimanapun, masyarakat kini masih mampu menangani cabaran itu
dengan mengambil tindakan tegas seperti mengukuhkan pendidikan agama dan akhlak
bermula daripada keluarga masing-masing dan seterusnya dapat membentuk
masyarakat yang bermoral dan berakhlak.
KESAN KEGANASAN RUMAH
TANGGA
Pebincangan
sebelum ini menunjukkan bahawa banyak kajian melaporkan anak yang
didedahkan, dibesarkan dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga
berkemungkinan besar akan menggunakan keganasan apabila menjadi dewasa
nanti. Mangsa akan belajar peranan kedua-dua si pendera dan si
mangsa; dan satu masa nanti akan menggunakan keduadua peranan mengikut situasi dan faktor semasa.
Kesan Keganasan Rumahtangga Ke Atas Orang Dewasa
i.
Kematian – sama ada yang melakukan keganasan atau mangsa dengan cara homisid.
ii. Kematian dengan cara membunuh diri.
iii.
Kecederaan yang teruk.
iv. Menjadi murung :
a)
Ketakutan yang bepanjangan menjadikan mangsa mengasingkan diri dari masyarakat.
b) Pendera berkemungkinan hilang rasa harga diri dan berpanjangan merasa
bersalah.
c) Mangsa dan juga pendera
berkemungkinan akan mengalami symptom psikiatrik dan akan
memerlukan rawatan di hospital.
v. Akan menghadapi masalah
mendapat dan menjalankan kerja dengan baik.
vi.
Penderaan
emosi dan juga kehilangan kepercayaan diri.
vii.
Keretakan hidup berkeluarga.
viii. Kes
mahkamah yang mungkin dikaitkan dengan penceraian dan hak penjagaan
anak, dan juga tentang pemberian nafkah.
ix. Sentiasa hidup dalam ketakutan dan
merasa malu kerana takut diketahiu oleh orang ramai tentang
masalah keluarganya.
x.
Keganasan yang mungkin diseret ke dalam
masyarakat atau dengan teman baru.
Kesan Keganasan Rumahtangga dan
Kesan Ke Atas Anak
i.
Kematian disebabkan homisid.
ii.
Kematian disebabkan bunuh diri. iii.
Kecacatan emosi, seperti
hilang harga diri dan juga hilang
kepercayan diri.
iv. Murung.
v.
Menunjukkan tingkahlaku agresif dengan orang lain dan menjadi delikuens.
vi. Penyesuaian yang lemah
di sekolah dan dengan rakan sebaya.
vii.
Ponteng sekolah.
viii. Penyalahgunaan dadah.
ix. Kahwin awal.
x.
Apabila dewasa, melakukan tingkahlaku ganas dalam hubungannya dengan orang dewasa lain.
xi. Membawa
tingkahlaku ganas ke dalam masyarakat.
PROGRAM PENCEGAHAN KEGANASAN RUMAH TANGGA
i. Mempunyai kekuatan asas
ekonomi
ii.
Orientasi pencapaian yang tinggi
iii. Penyesuaian peranan
iv. Mengamalkan ajaran agama
v. Berbangga dengan
keturunan dan budaya hidup
vi. Menyayangi dan menghormati
vii. Gigih berusaha
viii. Member sumbang bakti kepada
masyarakat
ix. Keluarga yang bersatu padu
Konflik antara individu tidak
dapat dielakkan, termasuklah dalam keluarga sendiri. Cara untuk
mengekalkan hubunganyang sihat, atau cara untuk memperbaiki keretakan yang
terjadi ialah dengan memberi perhatian kepada cara bagaimana konfliks itu
ditangani. Rekahan dalam keluarga biasanya bukan disebabkan satu
insiden; tetapi adalah disebabkan beberapa
kejadian yang mana memerlukan satu sebab
sahaja untuk meletup. Adakalanya insiden yang terlalu remeh
boleh membawa konflik yang besar dan menyebabkan tekanan emosi yang
mendalam. Keganasan rumah tangga merupakan sebab kecederaan yang tinggi di
kalangan wanita, dan bilangannya jauh lebih tinggi daripada kecederaan yang
disebabkan oleh kemalangan jalan raya, rogol, atau cabul.
Kemungkinan keganasan rumah tangga banyak berlaku di Malaysia kerana ramai yang
menganggap bahawa ia merupakan cara penyelesaian pesengketaan yang terbaik.
Keganasan rumah tangga hari ini merupakan masalah sosial yang semakin
meningkat. Hal ini perlu diberi perhatian yang serius memandangkna ia adalah
benih kepada masalah masalah lain seperti penyalahgunaan dadah, perpecahan
hidup berkeluarga, jenayah-jenayah yang lain, dan ia tentunya akan
meninggalkan kesan yang negatif kepada
generasi akan datang.
Nota
Kajian yang dibuat oleh Huizinga, et
al, (1995) menguatkan lagi dapatan bahawa pengawasan ibu bapa, penggantungan
anak kepada kedua ibubapa dan disiplin yang konsisten adalah merupakan
faktor pelindungan keluarga yang penting dalam usaha meningkatkan
reselian remaja yang berisiko tinggi untuk menjadi delikuens.
Galeri
info
Istilah penting.
Soalan struktur
1. Nyatakan kesan daripada
melakukan seks bebas
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2. Nyatakan peranan remaja
dalam menggelakkan diri daripada terlibat dengan gejala seks bebas
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
3. Nyatakan kesan keganasan
rumahtangga
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
4. Bagaimana cara mengatasi
masalah keganasan rumahtangga.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
5. Kenapa remaja suka
memberontak
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
6. Remaja mudah dipengaruhi
oleh rakan sebaya. Bagaimana caranya untuk remaja menarik rakan sebayanya
melakukan aktiviti yang berfaedah dan menghindari aktiviti yang merosakkan
akidah.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan