Kekeluargaan
Institusi kekeluargaan ialah badan atau
organisasi utama dalam keluarga yang mempunyai pertalian darah antara satu sama
lain.
Pengenalan
Keluarga merupakan sebuah institusi yang dinamik. Dalam masyarakat tradisi
peranan keluarga dalam semua aspek menjadi lebih ketara, dan kedudukan keluarga
sebagai sebuah institusi lebih penting. Peranan ibu bapa lebih besar dalam
masyarakat tradisi daripada peranan keluarga dalam masyarakat moden
Keluarga
dalam masyarakat Masyarakat tradisi Malaysia pada zaman dahulu merupakan
masyarakat yang tertutup, akan tetapi hormat-menghormati sesama anggota dalam
komuniti ini amat penting dan merupakan tali pengikat antara anggotanya. Dengan
lain perkataan, anggota masyarakat pada ketika itu hidup saling nasihat-menasihati
sesama mereka. Jika seorang anggota masyarakat melakukan kesalahan, maka
kewajipan anggota dalam komuniti itu pula menasihat atau menyelesaikannya.
Dengan ini menimbul sifat suka mengambil tahu akan ahli keluarga, saudara,
teman, jiran dan seluruh ahli komunitinya. Sifat dan perasaan ingin menolong
dan membantu individu yang lain itu bersemarak dalam jiwa dan sanubari
tiap-tiap dalam masyarakat itu. Amalan begini diamalkan oleh setiap individu
dalam sesebuah masyarakatnya. Sekiranya terdapat individu yang cuba memecah
adat tradisi itu, akibatnya dia akan disingkirkan daripada kelompoknya. Oleh
itu, setiap individu 6 saling ingat-mengingati sesama mereka supaya tidak
terlupa dan bertentangan pula dengan kehendak anggota masyarakat yang ramai.
Kepentingan Pendidikan Keluarga
a.
Mencorak dan membina keperibadian insan kamil yang seterusnya akan menjadi
anggota masyarakat serta bangsa yang mempunyai cirri-ciri keperibadian terpuji
dan dihormati.
b. Membentuk rasa hormat di samping menanam
sikap serta akhlak-akhlak mulia dan berbudi tinggi di kalangan anak-anak untuk
pergaulan seharian bersama anggota keluarga dan juga di kalangan masyarakat.
c.
Membentuk masa depan yang cemerlang untuk anak-anak melalui pendidikan
bersepadu yang lengkap.
d.
Melakukan proses sosialisasi kepada anak berdasarkan model dan contoh tauladan
yang dapat ditiru daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua.
e. Menjadi satu tapak latihan untuk pelbagai
bidang sebelum anak-anak melangkah ke dalam masyarakat dan dunia yang lebih
besar serta mencabar.
f. Memastikan mobiliti sosial untuk anak-anak
meningkat ke tahap menjadi individu berilmu tinggi dan berakhlak mulia untuk
lebih dihormati dan disegani di kalangan masyarakat.
g.
Merangsang kematangan ahli keluarga supaya dapat membezakan di antara
perkara-perkara yang baik dan buruk, mampu menyesuaikan diri dalam apa jua
situasi, berupaya menseimbangkan dengan bijak segala keperluan duniawi dan
keagamaan serta dapat menangani kehidupan yang mencabar dengan penuh kebijaksanaan.
h.
Pendidikan keluarga yang dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab, kemesraan dan
kasih sayang akan melahirkan ahli keluarga yang berjiwa tenang, gembira dan
stabil emosinya.
Pada
keseluruhannya, pendidikan keluarga yang berjaya akan memberikan pencapaian
terbaik kepada pembangunan peribadi anak-anak dalam bidang pelajaran, kerjaya
dan memperbaiki kedudukan ekonomi dan memperbaiki kedudukan ekonomi dan status
keluarga di mata masyarakat.
Jenayah dan Masalah Kekeluargaan
Kredibiliti
dan integriti institusi keluarga pada zaman moden ini mulai tergugat dan
tercabar disebabkan meningkatnya berbagai-bagai masalah jenayah dalam institusi
keluarga. Dianggarkan 30% jenayah yang berlaku dalam masyarakat kinimerupakan
jenayah keluarga seperti pergaduhan suami isteri, suami mencederakan
isteri,bapa merogol anak kandung, isteri mendera anak dan jenayah remaja.
Masalah
sosial yang berpunca daripada kelemahan dan kepincangan dalam keluarga juga
turut meningkat . Ini termasuklah meningkatnya penceraian, pengabaian
tanggungjawab suami terhadap keluarga, tidak mempunyai tempat kediaman yang
sempurna serta tidak mampu menyara anak-anak.
Pengerusi
Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd
Awal berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik
penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011. Ini
berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes
dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.
Isu
kes penceraian ini boleh dikatakan telah meningkat setiap tahun. Statistik
perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan
peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, dalam tempoh antara Januari
hingga Jun lalu, sebanyak 3 22,306 kes perceraian direkodkan Jabatan
Pendaftaran Negara. Daripada 22,306 kes perceraian itu, 22,165 kes merupakan
perceraian kalangan pasangan yang beragama Islam. Ini satu petanda yang tidak
berapa baik. Bukan Islam pula pada 2012, 1,062 kes. Januari hingga Jun tahun
ini 141 kes,” katanya.
Datuk
Seri Rohani menjelaskan, terdapat pelbagai punca kepada kes perceraian dan
antara yang paling ketara ialah tiada kesefahaman, tidak bertanggungjawab,
curang, campur tangan keluarga mentua juga faktor kahwin muda dan enggan
dimadukan suami.
Kesimpulan
Pendidikan yang mementingkan kekeluargaan,
tidak akan melakukan sesuatu yang akan menjejaskan identiti bangsa dan budaya.
Pembentukan akhlak alam peribadi serta proses penurunan intipati warisan budaya
kepada anak-anak, untuk menjamin generasi . Proses tunjuk ajar bagi menyediakan
anak-anak dengan berbagai-bagai bentuk keperluan, khususnya dalam bidang
ekonomi dan pekerjaan kerana anak-anak tersebut tidak akan mewarisi pekerjaan
ibu bapa atau jarang terlibat dalam pekerjaan yang sama dengan pekerjaan yang
dilakukan oleh ibu bapa.
Keluarga
bertindak sebagai pendorong dan pembantu kepada anak-anak dalam proses
pencapaian pengetahuan atau kemahiran yang dimaksudkan. Keluarga tetap memberi
tunjuk ajar kepada anak-anak dalam perkara yang berkaitan dengan urusan rumah
tangga, misalnya, para ibu tetap melatih anak-anak perempuan dalam kerja masak-memasak,
jahit-menjahit, mengemas rumah dan sebagainya. Dari segi ini, didapati fungsi
pendidikan dan sosialisasi keluarga sebahagiannya masih dapat dipertahankan
untuk menyediakan anak-anak untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan baik.
Pendidikan
dari segi sosialisasi diambil berat terutamanya melengkapkan anak-anak dengan
berbagai-bagai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan mereka
merancang atau menghadapi masa depan dengan yakin. Keluarga tidak berkebolehan
menjalankan fungsi ini. Ianya adalah bergantung kepada agensi seperti tadika,
sekolah, maktab dan institusi pendidikan formal yang lain perlu.Ibu bapa lebih
gigih untuk melengkapkan anak-anak dengan pengetahuan dan ilmu secukupnya agar
anak-anak tersebut dapat merancang masa depan mereka dengan lebih yakin.
Bagi
keluarga yang mempunyai anak-anak dewasa yang telah pun bekerja sama ada
tinggal bersama ibu bapa atau tidak segera tindakan dan perbuatan anak-anak
masih dikawal oleh ibu bapa di mana anak-anak diberi naPsihat dan teguran untuk
membetulkan kesilapan anak-anak itu walaupun kawalan sosial tidak begitu ketat.
Nota
Kebanyakan masalah hari ini disebabkan keruntuhan
institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Kita perlu memperbetulkan punca
sebenar masalah yang dihadapi iaitu kepincangan keluarga terlebih dulu bagi
memastikan wujudnya masyarakat penyanyang (Prof. Jamilah Ariffin, Berita
Harian, 24 Jun, 2003).
Semak
cepat
Isu anak tidak sah taraf atau anak luar nikah yang
semakin bertambah berlaku dinegara ini.
Galeri
info
Duvall (1977) mengemukakan bahwa keluarga adalah
sekumpulan orang yang dihubungkan oleh ikatan perkahwinan, adopsi dan
kelahiran, yang bertujuan menciptakan dan mempertahankan budaya yang umum,
meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosi, dan sosial setiap anggota.
Istilah
penting.
Nilai murni bermaksud sifat baik seperti hormat-menghormati dan beradab
mulia sesama manusia. Lawannya ialah tabiat buruk.
Personaliti atau keperibadian merupakan
satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan
proses individu lain yang menjadikan kita manusia.
Kredibiliti seorang pemimpin adalah kualiti, keupayaan, atau kekuatan
untuk menimbulkan kepercayaan.
Soalan struktur
1. Nyatakan nilai murni yang
ada dalam keluarga anda.
…………………………………………………………………………………………………
2. Kenapa institusi keluarga
amat penting?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
3. Bagaimana kita hendak
mendidik diri kita sendiri supaya menjadi manusia yang berguna dalam keluarga ?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
4. Beri pandangan tentang
masalah kewangan membolehkan seseorang remaja terjebak dalam kes jenayah?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
5. Syurga dibawah tapak kaki
ibu. Nyatakan kebaikan ibu pada diri anda
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
6. Rumah ku Syurga ku sering
digunakan oleh ahli keluarga yang bahagia..
Nyatakan pula falsafah anda
dalam membentuk keluarga bahagia.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan