Rabu, 28 Disember 2016

Badminton kurikulum standard

BADMINTON
Badminton merupakan permainan dalam kategori jaring, (Bunker & Thorpe, 1982). Menerusi kemahiran badminton di Tingkatan Satu, murid
diberi pendedahan kemahiran melibatkan kemahiran servis, pukulan hadapan, pukulan kilas, pukulan lob, pukulan junam (drop short) dan
smesy. Kandungan dalam bidang ini membolehkan murid mengaplikasi prinsip mekanik dan konsep pergerakan semasa bermain
permainan kecil yang memberi fokus kepada penggunaan kemahiran badminton

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Daripada beberapa rekod sejarah terdapat sedikit keterangan tentang permainan ini. Lukisan-lukisan yang terdapat dibeberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton sudah mula dimainkan pada abad ke 17 dan ke 18. Sejenis permainan yang hampir serupa dengan permainan tersebut dipanggil Poona iaitu permainan yang dimainkan di India. Permainan asli India ini dimainkan dengan sebatang bet kecil dan pelancar berbulu telah menarik minat dan perhatian tentera British di Poona. Permainan Poona yang dibawa balik ke England dan dipopularkan di Estet Badminton House telah mendapat nama baru iaitu ‘Badminton’. Dalam tempoh 20 tahun diperkenalkan di England banyak kelab badminton ditubuhkan di Wales, Scotland dan England. Pada tahun 1893 Persatuan Badminton England ditubuhkan. Pada tahun 1899 Pertandingan Kebangsaan Inggeris pertama telah diadakan. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama di dunia untuk permainan badminton.
Selepas Perang Dunia Pertama tentera asing yang mendapat pendedahan dengan permainan badminton semasa bertugas di England telah membawa permainan ini balik ke negeri mereka. Beberapa buah negara telah menubuhkan Persatuan Badminton Kebangsaan seperti Kanada (1921) dan Amerika (1936).
Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk di situ. Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi India pada ketika itu, telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’ dan undang-undang permainan tetapi masih belum sempurna. Seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau persatuannya sendiri di peringkat antarabangsa, untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan.
Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Presiden pertama ialah Sir George Thomas. Beliau menjawat sebagai Presiden IBF dari tahun 1934-1955.
Pada tahun yang sama (1934) Persatuan Badminton Malaysia ditubuhkan. Sukan Badminton berkembang dan pada tahun 1992 Badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik. Detik permulaan Piala Thomas ialah pada tahun 1939 dan orang yang bertanggungjawab ialah Sir George Thomas dan kemudiannya terpilih menjadi presiden IBF.
Pada masa yang sama Malaya menjadi terkenal kerana A. Samuel berjaya memasuki separuh akhir dalam pertandingan All England. 1953 – 1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuari Piala Thomas. Pada peringkat awalnya Piala Thomas diadakan tiga tahun sekali untuk pemain lelaki sahaja. Pertandingan mengandungi sembilan perlawanan iaitu lima acara perseorangan dan empat acara bergu. Mulai tahun 1982 pertandingan Piala Thomas diadakan dua tahun sekali.  Pada  tahun 1984 format pertandingan diubah kepada lima perlawanan iaitu tiga acara perseorangan dan dua acara bergu. Pertandingan Piala Uber dianjurkan oleh Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF) khas untuk wanita. Piala ini dihadiahkan oleh Puan Betty Uber seorang pemain Badminton terkenal di England.
Kejohanan pertama diadakan pada tahun 1957. Mulai tahun 1984 Piala Uber juga mengikut format Piala Thomas. Kejohanan Seluruh England ialah Kejohanan Terbuka (individu) yang paling berprestij di dunia. Kejohanan ini diadakan pada setiap tahun. Pada tahun 1925 Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan.
Selepas itu diikuti dengan penubuhan Persatuan Badminton Perak. Pada tahun 1934, Persatuan Badminton Malaya ditubuhkan dengan J.I Woods sebagai presiden yang pertama. Pada tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF).
Pada tahun 1960 Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan dengan Tan Sri Mohd Khir Johari sebagai presiden yang pertama. Tugas utama BAM adalah memajukan permainan badminton negara melalui pelbagai program dan perancangan yang diwujudkan.

Kemahiran Asas
Kemahiran Memegang Raket

Terdapat 3 jenis pegangan asas iaitu:

1. Pegangan depan (Forehand Grip)
2. Pegangan kilas (Backhand Grip)
3. Pegangan rata (Flat Grip)


PEGANGAN DEPAN
  • Pemain akan memegang raket pada tangan yang tidak bermain (gunakan tangan kiri jika anda menggunakan tangan kanan untuk bermain ataupun di sebaliknya) pada bahagian tengah pemegangnya dengan bahagian kepala menegak dan pegang pada bahagian pemegang dengan tangan kanan seperti berjabat tangan. 
  • Jangan pegang terlalu erat pada bahagian pemegangnya. 
  • Gunakan jari untuk memegang bahagian yang rata pada sisi pemegang raket selari dengan bentuk V antara ibu jari dengan jari telunjuk  
  • Jari yang tidak memegang raket akan memberikan kekuatan padapergelangan tangan bagi medapakan aksi pukulan yang baik serta kekuatanyang diperlukan.Jika raket dipegang denga kuat,akan menghadkanpergerakan pada pergelangan tangan dan kekuatan berkurangan • berlatihlah memukul bulu tangkis ke depan dan kebelakang bersampasangan anda menggunakan kilasan pergelangan tangan bagi mendapatkan pegangan yang selesa untuk pukulan atas kepala dan pukulan bawah
i. Cara Memegang Raket

Pegangan Kilas (Backhand Grip)
  • digunakan untuk memberi pergerakan yang baik pada permukaan kilas raket serta memudahkan pergerakan raket pada sisi kilas pemain. 
  • memusingkan sedikit raket di dalamjari mengikut arah putaran jam (jika anda pemain tangan kanan)untuk membawa ibu jari kepadabahagian rata pemegang raket


Pegangan Mendatar/Rata
  • dilakukan dengan menegakkan raket di depan anda pada tangan yang tidak bermain dengan kepalanya berdepan dengan jaring.
  • Letak tangan yangbermain ke depan dan pegang mengikut pegangan.
  • Ramai pemain yang menggunakan pegangan ini bagi membolehkan meletak bulu tangkis ke bawah,berdekatan jaring serta dengan sedikit pukulan belakang.
  •  Bentukkan pegangan sendiri.
    *Penting
    1. Pegang raket pada jari tetapi jangan terlalu kuat

    2. Gunakan pergelangan tangan untuk melepaskan kepalaraket ke arah bulu tangkis

ii. Cara Memegang Bulu Tangkis:
Tiada pegangan yang spesifik.
Kebiasaannya bulu tangkis dipegang pada bahagian bulunya.

Apabila melakukan servis, hendaklah dipukul pada bahagian gabusnya.
 iii. Kedudukan / Posisi :
PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
a. Cara menentukan pegangan
b. Pegangan hadapan
c. Pegangan kilas
 a. Pemain bersedia untuk menerima servis
 b. Pemain bersedia untuk menerima servis

i. Koordinasi Keupayaan bergerak dengan kemas, licin dan sempurna semasa melakukan kemahiran dengan melibatkan dua atau lebih anggota digabungkan seperti mata dan tangan, mata dan kaki.
Aktiviti
Gambar rajah
3. Aim To The Target
a. Murid dibahagikan kepada kumpulan.
b. Murid memukul bulu tangkis ke dinding sebanyak 20 kali secara bergilir dalam kumpulan. c. Letak penanda pada dinding.



Aktiviti
Gambar rajah
 Upside and Down
a. Murid menggunakan raket untuk menimang bulu tangkis dengan cara forehand dan backhand sambil berlari dengan bebas.
b. Murid memukul 3.5mm ketinggian.
c. Murid melakukan ini selama 2 minit tanpa bulu tangkis jatuh.




SERVIS
Merupakan kemahiran yang sangat penting. Secara amnya di dalam permainan badminton terdapat servis tinggi dan rendah.
A. Kemahiran Asas
 i. Servis Tinggi Hadapan
• Bulu tangkis dipukul dari tempat permulaan biasa atau sedikit ke belakang dan servis tinggi.
• Raket dihayun jauh ke belakang.
• Titik sentuhan ke hadapan sedikit di kaki kanan dan mengikut lajak.
ii. Servis Rendah Forehand
• Hayunan raket ke belakang.
• Semasa bulu tangkis dilepaskan berat badan berubah ke hadapan dan keseluruhan lengan menghayun kehadapan.
 • Titik sentuhan ke hadapan sedikit di kaki kanan dan ikut lajak.
iii. Servis Rendah Backhand (kilas)
• Bulu tangkis di letak hampir ke muka raket
 • Tali raket menyapu dasar gabus bulu tangkis, membuatkannya berpusing dan melintasi pita jaring. • Kepala raket mengikut lengkungan ke kiri (melawan jam)semasa mengikut lajak.
Aktiviti
Gambar rajah
Servis hadapan berkumpulan dengan raket
a. Servis hadapan (forehand) tinggi menggunakan raket.
b. Murid membuat servis mengikut giliran dalam kumpulan dan lakukan secara bergilir-gilir.
c. Servis hadapan (forehand) rendah menggunakan raket.
d. Murid membuat servis mengikut giliran dalam kumpulan dan lakukan secara bergilir-gilir.



Aktiviti
Gambar rajah
Servis kilas (back hand) dalam kumpulan
a. Servis menggunakan raket.
 b. Murid membuat servis mengikut giliran dalam kumpulan dan lakukan secara bergilir-gilir




Aktiviti
Gambar rajah
Target Servis
a. Murid dibahagikan kepada kumpulan.
b. Murid membuat servis dengan sasaran masukkan bulu tangkis ke dalam gelung.
 c. Gelung diletakkan dalam jarak 5meter.
 d. Murid membuat servis masuk ke dalam gelung secara bergilir dalam kumpulan dan kumpulan yang dapat masukkan bulu tangkis terbanyak ke dalam gelung dikira pemenang.
 e. Sekiranya bulu tangkis keluar murid dikehendaki melakukan semula.



Aktiviti
Gambar rajah
Target Backhand
a. Murid dibahagikan kepada kumpulan
b. Murid membuat servis backhand rendah dengan sasaran masukkan bulu tangkis ke dalam kotak.
c. Kotak diletakkan dalam jarak 4 meter dan servis dilakukan secara bergilir.
d. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan melakukan servis backhand sasaran menuju masuk ke dalam kotak
e. Kumpulan yang paling banyak jumlah bulu tangkis yang masuk ke dalam kotak dikira pemenang



Aktiviti
Gambar rajah




LOB
Dilakukan di belakang gelanggang dengan memukul bulu tangkis yang tinggi dari belakang gelanggang secara pukulan depan atau kilas.
 A. Kemahiran Asas
• Lob dilakukan seperti aksi membaling dengan bulu tangkis dipukul tinggi arah ke belakang gelanggang.
 • Tangan dibengkokkan ke belakang.
• Tangan ditolak ke hadapan ke atas dan tangan lurus.
• Titik sentuhan pada ketinggian maksimum dan ikut lajak.
Aktiviti
Gambar rajah
Lob Touch and Go
a. Murid dibahagi kepada 2 kumpulan.
 b. Kumpulan X membuat pukulan lob secara bergilir.
c. Kumpulan O membalas pukulan lob secara berterusan dan bergilir.
 d. Murid yang sudah membuat pukulan akan berpindah ke belakang.
e. Murid melakukan dan membalas dengan pukulan lob.
f. Sekiranya gagal pihak lawan akan diberi 1 mata.
g. Permainan tamat sekiranya kumpulan mendapat mata 11 terlebih dahulu.
 h. Jarak ikut kesesuaian pelajar



Aktiviti
Gambar rajah
Sparring Lob
a. Murid berpasangan
b. Permainan hanya terhad kepada pukulan lob sahaja.
c. Permainan menggunakan separuh gelanggang sahaja.
d. Murid bermain separuh gelanggang dengan menggunakan pukulan lob sahaja.
e. Pemain akan memenangi perlawanan setelah mendapat mata 11.



Aktiviti
Gambar rajah
Clock Game
 a. Murid dibahagi kepada 3 orang sekumpulan. b. Dimulakan dengan hantaran lob ke sisi mengikut arah jam.
c. Selepas satu pusingan permainan ditukar ke arah lawan jam.
d. Pemain akan melakukan pukulan lob sisi mengikut arah jam sehingga ke pemain C.
e. Pemain C akan membalasnya mengikut lawan jam.
f. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengandungi 3 orang.
 g. Kumpulan yang paling lama mengekalkan bulu tangkis diudara dikira pemenang



Aktiviti
Gambar rajah




PERMAINAN JARING (NET-PLAY)
Terdapat 2 jenis net-play iaitu di atas jaring dan bawah paras jaring.
 • Di atas jaring - Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada aras sedikit atas jaring.
 • Bawah jaring - dilakukan apabila bulu tangkis berhampiran dengan lantai.
 A. Kemahiran Asas
 • Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada paras atas jaring.
 • Lonjak ke hadapan dan pukulan dilakukan paling tinggi di atas jaring.
• Jika dilakukan dengan cepat pukulan ini dapat digunakan sebagai tindakan menyerang.
• Jika lambat pukulan yang dilakukan sebagai tindakan defensif (bertahan).
Aktiviti
Gambar rajah
Hand Feeding
a. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan X dan O.
b. Kumpulan X melontar bulu tangkis melepasi jaring secara bergilir-gilir.
c. Kumpulan O membuat net-play di hadapan jaring menggunakan raket.

(Aktiviti ditukar dengan kumpulan O melontar dan X membuat pukulan jaring)



Aktiviti
Gambar rajah
Net Touch and Go
 a. Murid dibahagi kepada 2 kumpulan, kumpulan X dan O.
b. Kumpulan X membuat net-play secara bergilir-gilir dengan menggunakan raket.
c. Kumpulan O membalas dengan net-play juga. d. Mata dikira sekiranya murid memenangi rali dan tamat sehingga mata 11 dan pemain dikira pemenang



Aktiviti
Gambar rajah
Touch and Go Bersyarat
a. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
 b. Murid membuat net-play secara bergilirgilir dengan syarat bulu tangkis berada dalam kawasan garisan pendek.
c. Kumpulan X membuat net-play secara bergilir-gilir dengan raket.
d. Kumpulan O membalas dengan net-play juga. e. Mata dikira sekiranya murid memenangi rali dan tamat sehingga mata 11 dan pemain dikira pemenang



Aktiviti
Gambar rajah




 PUKULAN DROP
Satu pukulan perlahan dari belakang gelanggang. Pukulan junam dilakukan dari garisan kedua belakang dan mendarat seberapa dekat dengan jaring di sebelah gelanggang pihak lawan.
 A. Kemahiran Asas
• Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada paras atas jaring.
• Lonjak ke hadapan dan pukulan dilakukan paling tinggi di atas jaring.
 • Jika dilakukan dengan cepat pukulan ini dapat digunakan sebagai tindakan menyerang.
• Jika lambat pukulan yang dilakukan sebagai tindakan defensif (bertahan).
Aktiviti
Gambar rajah
Drop Relay
a. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan seorang ditugaskan untuk membuat pukulan tinggi  ke belakang.
 b. murid melakukan pukulan drop secara bergilir gilir.



Aktiviti
Gambar rajah
Watch Me
a. Murid dibahagikan kepada kumpulan.
b. Seorang murid melambung bulu tangkis tinggi dan rakan dalam kumpulan melakukan drop secara bergilir.
c. Murid bergiliran membuat pukulan drop dan bulu tangkis mesti menuju masuk dalam bakul disediakan.
d. Murid di O melambung bulu tangkis ke X dan X membuat pukulan drop menuju sasaran bakul yang disediakan.
 e. Kumpulan yang mendapat jumlah bulu tangkis yang paling banyak dikira pemenang.



Aktiviti
Gambar rajah
Happy Go Lucky
a. Murid dibahagikan kepada kumpulan
b. Permainan bebas dan murid boleh menggunakan semua pukulan tetapi mata hanya dikira sekiranya ada pukulan drop dilakukan.
c. Murid bermain bebas separuh gelanggang.
d. Masa diberi 5 minit.
 e. Kumpulan yang paling banyak melakukan pukulan drop dikira pemenang



Aktiviti
Gambar rajah







PUKULAN JUNAM (SMASH)
Bertujuan mematikan rali dengan cepat. Merupakan pukulan serangan dan bulu tangkis menjunam dengan cepat ke gelanggang lawan.
 A. Kemahiran Asas
• Permulaan hayunan raket ke belakang bahu.
• Sebelum menyentuh bulu tangkis, badan bengkok ke hadapan
• Titik sentuhan pada paras yang tinggi dan ikut lajak.
 • Luruskan badan dan kepala
Aktiviti
Gambar rajah
Tuju sasaran
a. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
b. Murid mengguna tangan membaling bulu tangkis menjunam dengan cepat kearah kon.
 c. Murid yang paling banyak menengenai kon dikira pemenang



Aktiviti
Gambar rajah
Smash Bersasaran
 a. Murid dibahagikan kepada kumpulan
b. Murid di X membuat servis kepada O menggunakan raket.
c. Membuat pukulan smash ke dalam gelung yang disediakan



Aktiviti
Gambar rajah
Winner Stay 3 on 3
a. Perlawanan 3 sepasukan menggunakkan 5 hingga 7 point.
b. Pemenang akan meneruskan perlawanan dan yang kalah akan diganti dengan kumpulan pemain yang lain



Aktiviti
Gambar rajah






 MENGHADANG (BLOCK)
Bertujuan untuk menghadang pukulan menjunam, pukulan deras sisi (drive) ke hadapan atau tengah gelanggang. Sebagai ganti bagi smash apabila bulu tangkis tidak dapat dipukul dengan baik semasa menyerang.
A. Kemahiran Asas
 • Berlari mengejar bulu tangkis.
• Raket di bawa ke belakang dan separuh gerakan raket ke depan.
• Sentuhan bulu tangkis di depan badan dan ikut lajak.
Aktiviti
Gambar rajah
Membaling dan menghadang
a. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan X dan Y.
 b. Kumpulan X membaling bulu tangkis kepada O.
c. Kumpulan O menghadang bulu tangkis menggunakan raket secara bergilir-gilir dalam kumpulan.



Aktiviti
Gambar rajah
Serang dan Hadang
 a. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan:
b. Seorang rakan membaling melepasi jaring dan ahli kumpulan menghadang (blok) secara bergilir.
c. Kumpulan yang paling banyak melepasi jaring dikira pemenang.



Aktiviti
Gambar rajah




Aktiviti
Gambar rajah




Etika
 Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan 
• Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan
Nota
Ketangkasan dalam permainan badminton amat penting bagi meningkatkan prestasi pemain. Ketangkasan adalah keupayaan pemain mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.
.
Semak cepat

Galeri info
Temasya Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil edisi ke-31 2016 , skuad badminton Malaysia berjaya memenangi 3 pingat perak menerusi acara perseorangan lelaki (Datuk Lee Chong Wei), beregu campuran (Chan Peng Soon- Goh Liu Ying), dan beregu lelaki (Tan Wee Kiong-Goh V Shem).Ini membuktikan kejayaan Malaysia di temasya paling berprestij di dunia.
Istilah penting.

Atack : Posisi  melakukan pukulan serangan. 
Backhand : Pukulan yang dilepaskan dengan posisi dada menghadap kebelakang dan punggung tangan menghadap ke depan. Pukulan ini menjadi trandmark dari Taufik Hidayat.
Backhand Smash : Pukulan Backhand yang dilakukan dengan keras dan menukik.
Backhand Dropshot : Pukulan backhand yang pelan dan menjatuhkan shutllecock di dekat net lawan.

Backcourt : Area lapangan yang berada di garis batas belakang.
Balk atau Feint : Setiap gerakan tipuan yang mengecoh lawan sebelum atau selama service.
Baseline  : Garis batas belakang di akhir lapangan, sejajar dengan net.
Cross Backhand : Pukulan backhand silang.
Cross Dropshot : Pukulan pelan silang yang pelan cepat didepan net lawan.
Deuce : Posisi angka sama saat kedudukan seharusnya pada posisi set point atau game point sehingga harus mencari selisih 2 point lagi.
Cross Smash : Pukulan yang keras dan cepat dengan arah silang.
Defence : Posisi bertahan untuk mengembalikan serangan dari lawan.
Double : Sebuah pertandingan di mana ada dua pemain di masing-masing sisi yang berlawanan.
Drive : Pukulan cepat dan rendah yang membuat shuttlecock meluncur horisontal diatas net.
Drop atau dropshot : Pukulan pelan shuttlecock yang jatuh cepat didepan net lawan.
Fault : Kesalahan aturan main, baik melakukan service, penerimaan atau selama permainan.
Forecourt : Area lapangan depan, antara net dan garis service pendek.
Game Point : Angka terakhir yang diperlukan oleh satu pemain untuk menyelesaikan satu pertandingan.
Halfcourt Shot : Pukulan rendah di tengah lapangan, efektif digunakan untuk permainan double melawan formasi up-and-back.
Jumping Backhand Smash : Pukulan backhand sambil melompat. Pukulan yang jarang dilakukan oleh pemain manapun kecuali Taufik Hidayat.
Jumping Smash : Pukulan Smash keras yang dilakukan sambil melompat tinggi. Pukulan ini menjadi ciri khas Liem Swe King dan Hariyanto Arbi.
Jumping Dropshot : Pukulan Dropshot yang dilakukan sambil melompat.
pukulan bunuh: Pukulan cepat dan rendah yang tidak dapat dikembalikan oleh lawan.
Net Shot : pukulan didepan net yang jatuh cepat dilapangan lawan.
Overhead : Pukulan kepada shuttlecock yang dilakukan dengan posisi raket berada di atas kepala. Lin Dan Tercatat sebagai pemain yang ahli dalam pukulan ini.
Rally : Sebuah urutan satu atau lebih stroke dimulai dengan layanan ini, sampai permainan  berhenti dan menghasilkan point.
Receiving side : Sisi yang berlawanan sisi melayani servis.

Straight Set : Pertandingan yang langsung selesai dalam dua set langsung.
Smash : Pukulah Forehand yang keras dan cepat.
Lob (badminton) Pukulan bertahan di mana bulu tangkis dihantar tinggi ke belakang.
Pukulan junam (drop short) Pukulan yang dilakukan dengan bulu tangkis melepasi kawasan pihak lawan dan menghampiri jaring.
Servis tinggi Servis dilakukan dengan pukulan kuat dengan bulu tangkis melambung tinggi hingga sampai di garisan belakang. Boleh dilakukan secara forehand dan backhand


Soalan Struktur
1.IBF merupakan singkatan kepada……………………………………………………………
2.Nyatakan ukuran panjang dan lebar gelanggang badminton
……………………………………………………………………………………………………..
3.Pergerakkan kaki amat penting dalam permainan badminton. Bagi satu jenis latihan yang boleh membina pergerakan kaki dengan cekap dan lincah dalam gelanggang permainan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
4. Nyatakan otot yang terlibat semasa melakukan kemahiran jumping smash.
………………………………………………………………………………………………………
5. Nyatakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum memulakan latihan badminton.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
6. Nyatakan 4  fasa Semasa membuat sesuatu pukulan atau stroke dalam badminton, 
i)…………………………………………………………………..
ii)…………………………………………………………………….
iii)……………………………………………………………………..
iv)…………………………………………………………………….

1 ulasan: