BAB
4 BOLA JARING
Bola jaring merupakan permainan dalam kategori serangan, (Bunker &
Thorpe, 1982). Menerusi kemahiran bola jaring di Tingkatan Satu, murid diberi
pendedahan kemahiran menghantar, menerima, gerak kaki, mengadang, dan mengacah.
Kandungan dalam bidang ini membolehkan murid mengaplikasi prinsip mekanik dan
konsep pergerakan semasa bermain permainan kecil yang memberi fokus kepada
penggunaan kemahiran bola jaring.
Pendahuluan
Bola Jaring merupakan permainan
yang dimainkan oleh dua pasukan. Permainan ini melibatkan kemahiran asas
seperti menghantar dan menerima bola, pergerakan, mengelak, menghadang dan
menjaring.
Sejarah
Permainan bola jaring
merupakan sukan yang dimainkan dalam kalangan wanita. Perkembangan yang pesat
dalam sukan ini telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf
antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel. Dr. James
Naismith, seorang rakyat Kanada, telah memperkenalkan sukan ini sebagai sukan
dalaman di Amerika Syarikat dalam tahun 1891. Beliau menggunakan bola yang
besar supaya mudah untuk menerima dan menghantar serta tidak boleh berlari
dengan bola. Bakul dipasang di tempat tinggi sebagai gol. Dr. James Naismith
menetapkan tiga belas (13) undang-undang bagi permainan ini.
Permainan ini bertambah popular apabila jaring
diperkenalkan dan undangundang serta aspek kemudahan dimurnikan. Bola Jaring
(atau asalnya dikenali sebagai bola bakul/basket ball) dibawa ke England dari
Amerika Syarikat oleh Dr. Toles semasa beliau melawat Kolej P.T. Osterberg
dalam tahun 1895. Beliau memperkenalkan permainan ini dengan cara menjaringkan
bola ke dalam bakul sampah. Pasukan Madam Osterberg mendapat reputasi
antarabangsa melalui Kolej Dartford.
Pada tahun 1897, bola jaring dimainkan di atas
padang rumput di seluruh United Kingdom. Kawasan atau zon gelanggang terbahagi
kepada tiga. 2. Sejarah awal bola jaring di Malaysia Pada asalnya, bola jaring
telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-mubaligh Kristian dari
England kepada murid-murid Sekolah Rendah Inggeris di negeri-negeri Selat pada
zaman pemerintahan British.
Pada lewat 1960-an, Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi
Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari
1970-an hingga lewat 1980-an, bola jaring di Malaysia telah dimainkan dalam
kalangan wanita di sekolah, kolej, universiti serta jabatan kerajaan dan kelab.
Persatuan Bola Jaring Selangor adalah
merupakan persatuan pertama yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar pada awal
1970-an. Keadaan ini diikuti oleh beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang,
Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang. Kesemua persatuan-persatuan
negeri ini bergabung dengan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).
Persatuan Bola Jaring
Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah naungan Almarhumah
Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. PBJM mempunyai 17 ahli gabungan yang
terdiri daripada 14 ahli gabungan dari negerinegeri dan 3 ahli gabungan dari
bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Tenaga
Nasional Berhad. PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
sejak tahun 1980 dan dengan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) bermula
dari tahun 1982.
Malaysia merupakan salah satu ahli pengasas
Persekutuan Bola Jaring Asia yang ditubuhkan pada tahun 1985. Aktiviti utama
PBJM adalah untuk menganjurkan kejohanan bola jaring pada peringkat kebangsaan.
Dua kejohanan tahunan yang diadakan pada peringkat kebangsaan ialah Kejohanan
Bola Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun. Kejohanan Bola
Jaring Kebangsaan (KBJK) telah diadakan sejak tahun 1979. Kejohanan ini terbuka
kepada semua ahli gabungan. Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun bermula pada
tahun 1984.
Kemahiran
Pelbagai jenis hantaran
boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah
tangan. Cara melakukan hantaran bergantung kepada kedudukan rakan
yang akan menerima bola. Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah
hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan
hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada
dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran
aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.
Teknik melakukan hantaran
aras dada
·
Kedudukan
bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
·
Pegang bola
dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan
kedua-dua ibu jari di belakang bola.
·
Kaki belakang
melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan
pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada.
·
Ikut lajak.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
1.
Partnership
Organisasi
•
6 orang murid (berpasangan)
•
3 biji bola Prosedur
•
X1/ X3/ X5 menghantar bola aras dada kepada X2/ X4/ X6 dan menerimanya
semula.
• Perlakuan berterusan sehingga hantaran
dibuat sebanyak 5 kali setiap murid.
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
3.
Bola bertiga
Organisasi
•
3 orang murid
• 2 bola Prosedur
•
X2 akan menghantar bola aras dada kepada X1 dan X1 menghantar semula kepada
X2.
• Lakuan diulang dengan X3.
•
Aktiviti berterusan sehingga 5 ulangan setiap orang (X2 / X3).
•
Lakuan diteruskan dengan X2 menggantikan tempat X1 sebagai penghantar.
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
2.
End Ball
Organisasi
•
14 orang murid (7 vs7)
•
2 gelung rotan
•
1 bola
•
Kawasan bertanda Prosedur
•
6 murid dalam kawasan dan seorang di dalam gelung
•
Murid yang di dalam kawasan akan membuat hantaran aras dada antara satu sama
lain
•
Pasukan X/O perlu menghantar bola kepada ahli X/O yang berada di dalam gelung
(end ball ) • Murid yang berada di dalam gelung tidak boleh keluar dan
menerima bola
•
Setiap bola yang diterima diberi 1 mata
•
Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai pemenang
|
|
ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu
dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran
laju dan tepat pada jarak jauh.
Teknik melakukan hantaran
aras bahu
·
Kedudukan
bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
·
Pegang bola
pada aras bahu dengan sebelah tangan.
·
Badan
mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang.
·
Angkat tumit
kaki belakang.
·
Tolak bola ke
hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari.
·
Ikut lajak.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Triangle
Ball
Organisasi
•
2 pasukan (6 vs 6 ), X dan Y
•
5 gelung
• 1 biji bola Prosedur
•
X bertindak sebagai pembaling dan Y sebagai pemadang.
•
Pembaling berdiri di home base untuk menerima bola daripada pitcher dan
menghantar bola ke long plate atau left plate atau right plate
• Bola yang dihantar tepat ke sasaran dan
pemadang yang berada di dalam plate berjaya menyambut bola maka mata akan
diberikan seperti berikut: a. Long plate – 3 mata b. Left/right plate – 2
mata c. Peraturan
•
Sekiranya pemadang yang berada di luar plate berjaya memintas bola, maka
pembaling tersebut akan terkeluar.
• Pembaling dan pemadang akan bertukar
apabila tiga pemain terkeluar dalam setiap perlawanan
•
Permainan akan tamat berdasarkan berapa pusingan yang ditetapkan oleh
guruTriangle Ball Organisasi
•
2 pasukan (6 vs 6 ), X dan Y
• 5 gelung
•
1 biji bola Prosedur
•
X bertindak sebagai pembaling dan Y sebagai pemadang.
• Pembaling berdiri di home base untuk
menerima bola daripada pitcher dan menghantar bola ke long plate atau left
plate atau right plate
•
Bola yang dihantar tepat ke sasaran dan pemadang yang berada di dalam plate
berjaya menyambut bola maka mata akan diberikan seperti berikut: a. Long
plate – 3 mata b. Left/right plate – 2 mata c. Peraturan
• Sekiranya pemadang yang berada di luar
plate berjaya memintas bola, maka pembaling tersebut akan terkeluar.
•
Pembaling dan pemadang akan bertukar apabila tiga pemain terkeluar dalam
setiap perlawanan
•
Permainan akan tamat berdasarkan berapa pusingan yang ditetapkan oleh guru
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Hantaran
Bahu
Organisasi
•
10 orang murid (5 vs 5)
•
Kawasan yang bertanda
•
1 biji bola Prosedur
•
Pasukan X akan mulakan permainan dengan membuat hantaran aras bahu antara
satu sama lain di kawasan A.
• Selepas 3 hantaran, pemain pasukan X akan
cuba menghantar bola kepada pemain X di kawasan B.
•
Sekiranya pemain X di kawasan B berjaya menangkap bola, 1 mata akan
diberikan.
• Pasukan Y perlu merebut bola, sekiranya
berjaya pasukan Y akan melakukan hantaran.
|
|
iii) Hantaran Atas Kepala
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh
pemain lawan.
Teknik melakukan hantaran atas kepala.
·
Kedudukan
bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan
·
Pegang bola
dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala.
·
Ledingkan
badan ke belakang sedikit.
·
Bengkokkan
siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan
meluruskan tangan.
·
Ikut lajak.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Tembok
Lob
Organisasi
•
18 orang murid (9 vs 9)
•
1 bola
•
8 gelung Prosedur
•
Permainan akan dimulakan dalam bulatan tengah
•
Pasukan X/O yang memulakan permainan akan membuat hantaran lob kepada rakan
sepasukan sehingga sampai kepada kawan yang berada di dalam gelung.
•
Sekiranya X/O yang di dalam gelung berjaya menangkap bola, 2 mata akan
diberikan.
•
Permainan akan dimainkan semula oleh pasukan O/X.
•
Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir.
• Masa 3 minit
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Mematikan
pihak lawan
Organisasi
•
2 pasukan, X dan O
•
Bilangan murid sama banyak
•
1 biji bola Prosedur
•
Pasukan perlu membuat hantaran ke kawasan kosong di pihak lawan dengan
hantaran lob.
• Pemain yang tidak berjaya menerima
hantaran dengan kemas di kira ‘mati’ dan beliau dikehendaki keluar gelanggang.
•
Pasukan yang mempunyai pemain yang paling ramai dalam gelanggang dikira
menang.
|
|
iv) Hantaran Sisi
Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah
tangan atau kedua-dua belah tangan.
Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan
·
Kedudukan
bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
·
Bengkokkan
sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke
belakang.
·
Luruskan kaki
hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan
tolak bola ke sasaran.
·
Ikut lajak.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Bola
Matahari
Organisasi
•
8 orang murid
•
1 biji bola Prosedur
•
Bola dihantar pada sisi aras bawah secara silang dalam bulatan
•
X1 - X5, X5 - X8, X8 - X4, X4 - X7, X7 - X3, X3 - X6, X6 - X2, X2 - X5
• Lengkap satu pusingan, set kedua dimulakan
dengan cara yang sama di atas
•
Aktiviti selesai selepas 5 ulangan set
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Target
Ball Organisasi
• 1 pasukan 6 orang murid
•
3 gelung
•
3 bola Prosedur
•
X bertindak sebagai pembaling dan Y sebagai pemegang gelung.
•
X1 akan membuat hantaran sisi bawah
melalui gelung kepada X4 dan X4 akan membuat hantaran kepada X2.
•
Sekiranya bola berjaya memasuki gelung dan disambut oleh rakan, 1 mata
diberikan.
•
Permainan akan tamat untuk apabila semua pasukan selesai membuat hantaran
untuk 3 pusingan
•
Bilangan pusingan bergantung kepada guru dan kesesuaian masa
•
Pasukan yang menjatuhkan skitel terbanyak akan dikira sebagai pemenang
•
Permainan tamat setelah keempat skitel berjaya dijatuhkan
|
|
v) Hantaran Lantun
hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau
terlalu ramai permain berhampiran.
Teknik melakukan hantaran lantun
·
Kedudukan
bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
·
Pegang bola
dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang.
·
Pindahkan
berat badan ke kaki hadapan.
·
Luruskan
tangan dan tolak bola rendah dengan kuat.
·
Ikut lajak.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Lantun
Berpasangan
Organisasi
•
2 orang murid
•
1 biji bola Prosedur
• X1 melantun bola kepada X2, X2 menerima
dan melantun bola kepada X1 semula (tangan kanan)
•
Lakuan diulang lima kali (bergantung kepada guru)
•
Aktiviti diulang dengan menggunakan tangan kiri sebanyak lima ulangan
•
Aktiviti diulang dengan menggunakan dua belah tangan
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
1.
Menuju sasaran
Organisasi
•
6 orang murid berbentuk bulatan (X)
•
6 orang murid dalam bulatan (O)
• 1 biji bola Prosedur
•
X1 – X6 melantun bola ke dalam bulatan ke arah sasaran murid yang di dalam
bulatan
• Murid yang terkena bola akan terkeluar
•
Jika semua murid terkena bola, maka kedua-dua pasukan akan bertukar tempat dan
peranan • Masa yang diperuntukkan kepada setiap pasukan ialah 3 minit
• Markah yang dikira berdasarkan kepada
berapa ramai sasaran yang kena. Setiap sasaran bernilai 2
|
|
b) Menerima Bola
Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.
Teknik menerima bola
·
Mata sentiasa
memandang ke arah bola datang.
·
Berdiri dengan
sebelah kaki di hadapan.
·
Hulurkan
tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain.
·
Terima bola
dengan ibu jari sentiasa di belakang bola.
·
Semasa bola
menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan.
·
Semasa
menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
End
Ball
Organisasi
•
14 orang murid (7 vs7)
• 2 gelung rotan
•
1 bola
•
Kawasan bertanda Prosedur
• 6 murid dalam kawasan dan seorang di dalam
gelung
•
Murid yang di dalam kawasan akan membuat hantaran antara satu sama lain
•
Pasukan X/O perlu menghantar bola kepada ahli X/O yang berada di dalam gelung
(end ball ) • Murid yang berada di dalam gelung tidak boleh keluar dan
menerima bola
•
Setiap bola yang diterima diberi 1 mata
•
Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai pemenang
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Bola
Gol
Organisasi
•
2 pasukan
•
1 biji bola
•
2 gelung rotan Prosedur
•
Setiap penjaga gol berdiri dalam gelung rotan di hujung kawasan permainan.
•
Murid-murid lain bebas bergerak dalam kawasan permainan seperti dalam gambar
rajah. • Pasukan perlu menghantar bola kepada ahli pasukan dan penjaga gol.
• Penjaga gol tugasnya menerima bola dari
rakan sepasukan tanpa keluar dari gelung.
• 1 mata diberi pada pasukan yang dapat
menerima bola dengan kemas.
•
Permainan diteruskan dengan penjaga gol menghantar bola ke tengah kawasan
permainan. • Tukar penjaga gol.
|
|
c) Mengelak
Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas
daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan
selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain.
Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu
i) Berlari ke arah yang sesuai
ii) Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
iii) Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
iv) Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan).
Teknik mengelak acan
·
Berada dalam
kedudukan bersedia.
·
Bongkokkan
badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian bergerak ke arah
bertentangan.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Mengelak
Berpasangan
Organisasi
•
2 orang murid Prosedur
•
X sebagai pengadang dan berdiri statik
•
X1 mengacah ke kanan dan keluar ke kiri
•
Lakuan diteruskan lima kali kanan dan lima kali kiri
•
Aktiviti diteruskan X1 bertindak sebagai pengadang dan X sebagai pengacah
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Anak
ayam
Organisasi
•
5 orang murid
•
4 orang (X), 1 orang (O) Prosedur
•
X1/X3 bertindak sebagai ibu ayam (berdiri di hadapan) dan X2/X4 bertindak
sebagai anak ayam (berdiri di belakang)
•
O sebagai penangkap ayam akan cuba menangkap anak ayam dan anak ayam perlu
mengelak supaya tidak tertangkap
•
Ibu ayam (X1/X3) cuba untuk mengadang anak ayam daripada tertangkap
•
Jika X2/X4 tertangkap, O akan menggantikan tempat tersebut
•
Tempoh masa aktiviti ditentukan oleh guru
|
|
d) Menghadang
Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk
menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan
menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;
i) Berdiri
menghadap permain lawan.
ii) Berdiri
membelakangkan pemain lawan.
iii) Berdiri
di sisi pemain lawan.
iv) Berdiri
di belakang pemain lawan.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Mengadang
Bertiga
Organisasi
•
3 orang murid
•
1 biji bola Prosedur
•
X1 memegang bola
•
X2 berdiri di hadapan dalam jarak tiga kaki
•
X1 cuba menghantar bola kepada X3
•
X2 mengadang dan mendapatkan bola
• Lakuan diteruskan sehingga X2 membuat 10
kali percubaan dan diganti oleh X3 sebagai pengadang
•
Aktiviti selesai apabila X1 menjadi pengadang
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Triangle
Intercept
Organisasi
•
4 orang murid
•
1 biji bola Prosedur
•
Pemain pertahanan (D) sebagai pengadang
•
A, B dan C akan membuat hantaran antara satu sama lain
•
D cuba memintas bola yang dihantar.
•
Sekiranya D berjaya mendapatkan bola, pemain yang gagal membuat hantaran akan
menggantikan tempatnya.
•
Aktiviti diteruskan selama 5 minit
|
|
e) Gerak Kaki
Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting.
Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran gerak kaki tanpa
melanggar undang-undang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang
itu menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau
semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang
adalah dalam keadaan berikut:
i) Semasa
menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
ii) Setelah
menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
iii) Setelah
menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
iv) Semasa
menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Tarian
gerak kaki
Organisasi
•
5 orang (dalam bulatan)
•
Guru akan beri isyarat‘mula’dan ‘berhenti’ Prosedur
•
Sekumpulan murid bersedia dalam bulatan menghadap ke dalam
•
Melakukan gerakan dengan dua belah kaki seperti berikut:
•
Ke kanan (2 kali)
•
Ke kiri (2 kali)
•
Ke hadapan (2 kali)
•
Ke belakang (2 kali)
•
Lonjak ke atas dengan kedua-dua tangan lurus ke atas
•
Lakuan dibuat dengan sebutan irama “kanan; kanan’ kiri; kiri, depan; depan,
belakang; belakang; up “
•
Aktiviti diteruskan selama 2 minit dan ulang beberapa kali mengikut masa yang
ditetapkan oleh guru
|
|
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Berlari
dan mendarat
Organisasi
•
6 orang (1 barisan)
•
Guru akan beri isyarat‘mula’dan ‘berhenti’ Prosedur
• X1 – X6 akan berlari ke arah guru mengikut
arah dalam rajah
•
Berlari tiga langkah, melompat dan mendarat dengan dua belah kaki seperti
berikut:
•
“Kanan-kiri-kanan-lonjak-mendarat”
• Aktiviti diulang semula dengan“Kiri-
kanan-kiri-lonjak-mendarat”
•
Lakuan diteruskan sehingga semua murid telah bertukar gerakan dengan kaki
kanan dan kiri
• Ulangan bergantung kepada kesesuaian masa
aktiviti
|
|
f) Menjaring
Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan
ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau
penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima
hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan
melakukan jaringan dalam kedudukan berikut:
i) Menjaring
pada kedudukan statik.
ii) Melangkah
setapak ke hadapan dan menjaring.
iii) Melangkah
setapak ke belakang dan menjaring.
iv) Melangkah
setapak ke sisi dan menjaring.
v) Melompat
dan menjaring.
Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik
asas menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan
boleh juga dilakukan.
Teknik menjaring pada kedudukan statik
·
Kedudukan bersedia.
Berdiri, sebelah kaki di hadapan.
·
Pegang bola
dengan kedua-dua belah tangan.
·
Jari dibuka
dan melengkung, ibu jari di belakang bola.
·
Bengkokkan
siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut.
·
Luruskan
lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh
pergelangan tangan serta jari-jari.
·
Ikut lajak.
Aktiviti
|
Gambar rajah
|
Berpasangan
Organisasi
•
2 orang murid
•
1 biji bola
• Tiang gol Prosedur:
•
X2 akan bertindak sebagai penghadang, tidak bergerak, hanya berdiri dan
mengangkat kedua-dua tangan ke atas menghadap tiang gol.
•
X1 akan melambung bola dan flik ke arah gelung (jarak 3 meter)
•
X1 dan X2 bertukar tempat selepas setiap 5 ulangan dibuat
•
Jarak dan kedudukan boleh dipelbagaikan mengikut
|
|
1 PERTIMBANGAN UNTUK
LATIHAN.
i. Tahap murid:
Aktiviti sukan yang
dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid.
ii. Bilangan murid:
Guru harus mengetahui
bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan
peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian.
iii. Langkah-Langkah Keselamatan:
Antara langkah keselamatan yang perlu diambil
perhatian oleh guru ialah:
• Tahap kesihatan murid;
• Memanaskan badan sebelum
aktiviti dan gerak kendur dilakukan selepas aktiviti;
• Pakaian dan kasut yang sesuai dengan
aktiviti; dan
• Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam
keadaan baik dan selamat.
iv. Tempat Latihan: Ruang latihan yang sesuai
dan selamat.
v. Kemudahan peralatan:
Merancang jumlah dan
jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti; contoh : kon, bola
segar dan tali.
vi. Masa latihan:
Masa yang diperuntukkan
untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut:
• Sekolah Rendah 60 minit/minggu • Sekolah
Menengah 90 minit/minggu
vii. Guru perlu memahami
bahawa:
• Murid kurang menguasai
kemahiran motor halus (fine motor skills);
• Pergerakan murid merupakan
aksi keseluruhan tubuh badan dengan tumpuan kepada sasaran adalah minima;
• Murid mempunyai sumber tenaga yang rendah
tetapi minat yang mendalam;
• Murid sedang membina
kordinasi dan masih kekok dalam pergerakan; • Murid mendapat keseronakan dari
penyertaan;
• Aksi murid bukan secara
automatik; • Murid kurang pasti aksi mana yang akan menghasilkan kemahiran yang
akan berjaya;
• Murid menganggap setiap
penerangan sebagai aspek penting oleh yang demikian kurangkan memberI input
lisan yang banyak pada sesuatu masa;
• Murid tiada gambaran
berkenaan kemahiran yang baru; dan
• Murid kurang berupaya menggunakan maklum
balas secara efektif.
Etika
Pemain mempamerkan tingkah laku peribadi dan sosial yang
bertanggungjawab yang menghormati diri dan orang lain dalam pertandingan bola
jaring.
Nota
Pelajar menunjukkan kecekapan dalam kemahiran motor dan
corak pergerakan yang diperlukan untuk melaksanakan pelbagai perlakuan dalam
permainan bola jaring.
Semak
cepat
Huruf pengenalan mengikut peranan dan
posisi pemain
|
GA
Goal Attack
Penyerang gol
|
C
Centre
Pemain tengah
|
WA
Wing Attack
Penyerang Sayap
|
WD
Wing Defence
Pengadang sayap
|
GS
Goal keeper
Penjaga gol
|
GD
Goal Defence
Pengadang gol
|
GK
Goal Keeper
Penjaga gol
|
Galeri
info
Malaysia kembali meraih status
gergasi bola jaring Asia 2016 selepas menjuarai Kejohanan Bola Jaring Asia
dengan menewaskan Sri Lanka 41-31 pada aksi final di Bangkok, Thailand.
Kejayaan itu menyaksikan skuad bola jaring negara akhirnya berjaya menamatkan
penantian 31 tahun untuk menjuarai kejohanan tersebut selepas kali terakhir
memenanginya sewaktu edisi pertama di laman sendiri, Kuala Lumpur pada 1985.
Istilah penting.
Kaki mendarat –
kaki yang mula-mula mencecah tanah selepas melompat sama ada memegang bola atau
tanpa memegang bola
Kaki bebas – sebelah kaki yang
boleh menapak di mana-mana sementara sebelah kaki lagi berpaksi di tanah.
Dodge (bola
jaring) Menukar arah dengan pantas bagi melepasi pihak lawan
untuk menerima bola.
Soalan struktur
1.Sebutkan empat kemahiran asas dalam
permainan bola jaring.
i).....................................................................
ii)........................................................
iii)..........................................................
iv)...................................................................
2.Apakah teknik mendarat yang betul dalam
permainan bola jaring?
..............................................................................................................................................................................................................................................................................
3.Nyatakan peranan setiap
pemain mengikut posisinya dalam permainan bola jaring.
i)................................................................................................................................
ii)..............................................................................................................................
iii).............................................................................................................................
iv)..................................................................................................................................
v)..................................................................................................................................
vi)..................................................................................................................................
vii)..................................................................................................................................
4.Labelkan otot-otot utama
yang terlibat dalam kemahiran permainan bola jaring di bawah ini.
Bisep
|
Gastroknemius
|
Hamstring
|
Soleus
|
Trisep
|
MOHON SHARE.. TQ
BalasPadamsaya mintak bukan ni saya mintak soalan pkpb 2020 apalah itu pun tak tahu
BalasPadamjanzbcnsj
BalasPadamSangat membantu
BalasPadam