Selasa, 27 Disember 2016

PJK tingkatan satu bolasepak

BAB 3 BOLASEPAK

Pendahuluan
Bola sepak merupakan permainan dalam kategori serangan, (Bunker & Thorpe, 1982). Menerusi kemahiran bola sepak di Tingkatan Satu,murid diberi pendedahan kemahiran menghantar, menyerkap, menanduk, mengelecek, takel, menjaring, dan menjaga gawang. Kandungan dalam bidang ini membolehkan murid mengaplikasi prinsip mekanik dan konsep pergerakan semasa bermain permainan kecil yangmemberi fokus kepada penggunaan  kemahiran bola sepak.

 Bola sepak  ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain.
Sejarah Bola sepak
Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia.Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola ke gol lawan. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia.
Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan ditubuhkannya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong 1935 - 1937. Sejak ketika itu, aktifiti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang memperhebatkan perkembangan dunia bola sepak di Malaysia. Selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, dua puluh tahun selepas itu, banyak pemain - pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysiadalam kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia, bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.

Kemahiran Asas  Bola  Sepak
Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah :

1)    Mengawal bola 
2)    Menendang

  Tendangan leret

  Tendangan lambung

  Tendangan voli


3)    Menyerkap
  Menyerkap bola leret
  Menyerkap bola tinggi

4)    Menggelecek

5)    Melakukan hantaran
  Hantaran ke hadapan
  Hantaran ke sisi
  Hantaran silang

6)    Menanduk
  Menanduk ke hadapan
  Menanduk ke sisi

7)    Menjaga gol
  Menangkap bola leret
  Menangkap bola tinggi
  Menumbuk bola
  Tendangan bola



Kemahiran :
      Mengawal bola

 Memberhentikan bola di depan kaki dengan menggunakan dalam kaki, kekura kaki, peha, dada dan kepala.
Teknik Kemahiran:
I)     posisi badan berada di hadapan bola.
II)    menyerap daya semasa bola ditahan oleh dalam kaki, kekura kaki, peha, dada dan kepala.
III)   Tumpuan selektif dan fokus menerima bola

IV)  mengawal bola di depan kaki        


Aktiviti
Gambar rajah

Organisasi
• Grid 5m x 5m
• berpasangan
• 1 bola 2 orang
• 2 kon

 Aktiviti :
a. Pemain yang ada bola akan melambungkan bola  pada pasangannya.
 b. Pemain yang menerima  bola akan mengawal dan memberhentikan bola di depan kaki
c. bergilir-gilir melakukan aktiviti.
d. Aktiviti ini dilakukan selama 2 minit dan 1 minit rehat dalam 3 set














HANTARAN LERET
A. Kemahiran Asas Hantaran leret merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain bola sepak. Hantaran leret juga merupakan salah satu variasi hantaran dalam permainan bola sepak. Kaedah hantaran leret ini juga sesuai untuk hantaran jarak dekat semasa permainan.
Teknik kemahiran :
• Cuba membuat hantaran dengan menggunakan kaki kiri dan kanan.
 • Ketepatan dan arah.
 Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus.    Mata memandang bola
• Sentuhan pada bola dengan bahagian dalam kaki, luar kaki dan kekura kaki.
• Kuncikan (lock) pergelangan kaki semasa menyentuh bola.
Tendang di bahagian tengah bola. 
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Aktiviti
Gambar rajah

Organisasi
• Grid 5m x 5m/10m/15m
• berpasangan
• 1 bola 2 orang
• 2 kon

 Aktiviti :
a. Pemain yang ada bola akan menendang leret dengan teknik yang betul  pada pasangannya.
 b. Pemain yang menerima  bola akan mengawal dan memberhentikan bola di depan kaki
c. bergilir-gilir melakukan aktiviti.
d. Aktiviti ini dilakukan selama 2 minit dan 1 minit rehat dalam 3 set






Hantaran Jauh

Hantaran jauh merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain bola sepak. Hantaran jauh juga merupakan salah satu variasi hantaran di dalam permainan bola sepak. Kaedah hantaran jauh ini juga sesuai untuk hantaran tinggi semasa permainan.Teknik hantaran jauh juga berbeza dengan teknik hantaran leret untuk jarak dekat. Kaedah ini memerlukan teknik yang betul ketika membuat hantaran jauh dan teknik kawalan juga perlu sesuai dan ketika menerima bola.
Teknik kemahiran :
·         Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.
·         Ayunkan kaki menendang ke sisi. 
·         Badan condong ke arah bola hendak dihantar. 
·         Tendang di bahagian sisi bola.
·         Ikut lajak selepas melakukan tendangan
• Pemain melakukan hantaran tinggi menggunakan bahagian hujung kaki pada pasangan masing-masing dalam kedudukan statik.
• Pemain mengawal bola dengan mengunakan kaki, paha, dada dan kepala.
• Pemain saling melakukan hantaran tinggi antara satu sama lain.
• Cuba membuat hantaran menggunakan kaki kiri dan kanan.
Aktiviti
Gambar rajah

Organisasi
• Grid 10 m x 10 m
• 5 orang 1 kumpulan
 • 1 bola
• 2 kon

Aktiviti :
a. Pemain melakukan aktiviti dalam kumpulan.
 b. Pemain akan membuat hantaran jauh hingga melepasi garisan yang ditanda dengan dua kon. c. Setiap pemain diberi 5 kali cubaan.
d. Pemain yang berjaya melepasi garisan akan diberi 1 mata untuk kumpulan.





Menggelecek
Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.

Teknik kemahiran :
Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki :
·         Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. 
·         Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri. 
·         Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan sedikit. 
·         Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan condong ke kanan.
• Bengkokkan lutut.
• Kawalan yang baik apabila menuju pihak lawan.
 • Kelajuan bola apabila bergerak.
• Menukar arah dengan pantas.
• Mengacah sebelum menggelecek.
Aktiviti
Gambar rajah

Organisasi
• Grid 20 m x 30 m
• 10 pemain (5 vs 5 + 2 GK)
• 1 bola
• 4 kon

Aktiviti :

 a. Permain akan cuba menguasai bola dengan mengacah dan mengelecek pihak lawan untuk menjaring gol atau membuat hantaran.
 b. Pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama.
 c. Masa yang diberi untuk aktiviti ini ialah 10 minit




MENANDUK

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.

Teknik Kemahiran

Teknik menanduk ke hadapan :


·         Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. 
·         Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
·         Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola. 
·         Ikut lajak selepas  melakukan tandukan 
: • Guna bahagian dahi.
• Kunci tengkok dan buka mata.
 • Badan dilentik ke belakang sebelum menanduk.
• Tandukan di atas untuk bola ke bawah.
• Tandukan di tengah untuk paras bahu.
• Tandukan di bawah untuk bola tingg

Aktiviti
Gambar rajah

Organisasi
• Grid 5m x 5m
• berpasangan
• 1 bola 2 orang
• 2 kon

 Aktiviti :
a. Pemain yang ada bola akan melambungkan bola  pada pasangannya.
 b. Pemain yang menerima  bola akan menanduk bola pada pasangannya
c. bergilir-gilir melakukan aktiviti.
d. Aktiviti ini dilakukan selama 2 minit dan 1 minit rehat dalam 3 set



MENJAGA GOL

Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki

Teknik menangkap bola leret :

·         Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. 
·         Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola. 
·         Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di belakng tumit kiri. 
·         Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.  

Aktiviti
Gambar rajah

Organisasi
• Grid 5m x 5m
• berpasangan
• 1 bola 2 orang
• 2 kon

 Aktiviti :
a. Pemain yang ada bola akan meleretkan  bola  pada pasangannya.
 b. Pemain yang menerima  bola akan menangkap bola dengan teknik yang betul.
c. bergilir-gilir melakukan aktiviti.
d. Aktiviti ini dilakukan selama 2 minit dan 1 minit rehat dalam 3 set




Teknik menangkap bola tinggi :
·         Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. 
·         Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.
·         Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan hampir rapat. 
·         Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.   
Aktiviti
Gambar rajah

Organisasi
• Grid 5m x 5m
• berpasangan
• 1 bola 2 orang
• 2 kon

 Aktiviti :
a. Pemain yang ada bola akan melambungkan   bola  pada pasangannya.
 b. Pemain yang menerima  bola akan menangkap bola dengan teknik yang betul.
c. bergilir-gilir melakukan aktiviti.
d. Aktiviti ini dilakukan selama 2 minit dan 1 minit rehat dalam 3 set



Teknik tendangan bola di udara :
·         Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. 
·         Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan. 
·         Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah tanah. 
·         Ikut lajak selepas menendang. 
·         Mata memandang bola. 
Aktiviti
Gambar rajah

Organisasi
• Grid 60m x 60m
• berpasangan
• 1 bola 2 orang
• 2 kon

 Aktiviti :
a. Pemain yang ada bola akan menendang   bola  ke udara pada pasangannya dengan teknik yang betul.
 b. Pemain yang menerima  bola akan menangkap bola dengan teknik yang betul.
c. bergilir-gilir melakukan aktiviti.
d. Aktiviti ini dilakukan selama 2 minit dan 1 minit rehat dalam 3 set




Keselamatan Semasa Berlatih Kemahiran Bola Sepak

 Aspek keselamatan perlu diberi perhatian semasa berlatih kemahiran bagi menggelakakan  kemalangan dan kecederaan. Kecederaan seperti lebam, terseliuh, patah, retak, luka, atau terkoyak mudah berlaku jika langkah-langkah keselamatan tidak dititikberatkan. Aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian termasuklah pakaian, peralatan, tempat berlatih. Pemain perlu menggelakkan diri daripada melakukan tidakan yang merbahaya semasa berlatih.

Aspek Keselamatan
Pakaian seluar dan jersi yang selesa untuk memudahkan pergerakan


Pakai but bola, pelapik tulang tibia(shin guard) dan stoking


Pastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan baik
Lakukan kemahiran asas dengan teknik yang betul dan patuhi undang-undang permainan

Pastikan tempat bermain tidak berbahaya
Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukan badan sebelum dan selepas berlatih





Jangan melakukan Tindakan Berbahaya dalam Permainan Bola Sepak

                                                     



Menyepak atau menendang pemain
Membenteras menggunakan kaki
Membongkok ketika pemain lawan melompat untuk menanduk
Menyiku pemain lawan
Mengangkat kaki terlalu tinggi
Menerjah pemain lawan
Merempuh pemain lawan dari belakang
Melompat dan menendang ke arah pemain lawan
Menolak pemain lawan
Menarik pemain lawan
 


                               

Etika
Dalam permainan atau pertandingan bola sepak pemain perlu belajar mengawal emosi dan  perlakuan agresifan.
Nota
§  PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA LAYAK KE SUKAN OLIMPIK 1972 DI MUNICH .
§  PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA LAYAK KE SUKAN OLIMPIK MOSCOW 1980 (MALAYSIA MEMBOIKOT SUKAN OLIMPIK 1980 KERANA MEMBANTAH PENCEROBOHAN SOVIET UNION KE ATAS AFGHANISTAN

Semak cepat
Menendang

menanduk
1)    Mengawal bola 

Melakukan hantaran
         menyerkap 

KEMAHIRAN BOLA SEPAK
Menjaga gol
Menggelecek
 



Galeri info
# Pertandingan bola sepak yang biasa diadakan mengikut bilangan pemain:
·         Lima sebelah
·         Tujuh sebelah
·         Sembilan sebelah
·         Sebelas sebelah
# Tendangan dan hantaran boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian
·         Dalam kaki
·         Kekura kaki
·         Luar kaki
·         Hujung kaki (tonjol)
·         Belakang kaki (tumit)
Istilah penting.
Dimensi Tumpuan
Keluasan Tumpuan – berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa dari sempit kepada luas. Contoh: penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya dengan menilai pergerakan lawan.

Arah Tumpuan – merujuk kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalaman(perasaan & pemikiran) atau luaran(tindakan terhadap sitimulus). Contohnya, penjaga gol tadi perlu mengatasi perasaan takut dan bimbang untuk membuat keputusan yang
tepat.
Takel (bola sepak) Menggunakan kaki untuk merebut bola daripada kawalan kaki pihak lawan.
Menyerkap (bola sepak) Menahan bola dengan serapan daya bagi tujuan kawalan bola.


Soalan struktur
1.Namakan otot-otot utama yang terlibat semasa melakukan tendangan
i).....................................................................
ii)........................................................
iii)..........................................................
iv)...................................................................

2.Nyatakan 4 kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain bola sepak
i).....................................................................
ii)........................................................
iii)..........................................................
iv)...................................................................

3.Senaraikan lima tindakkan bahaya yang sering berlaku dalam permainan bola sepak
i).............................................................................................................................
ii)...........................................................................................................................
iii)..........................................................................................................................
iv).........................................................................................................................
v)...............................................................................................................................

4.Senaraikan lima langkah keselamatan yang perlu diberikan perhatian semasa bermain bola sepak
i).............................................................................................................................
ii)...........................................................................................................................
iii)..........................................................................................................................
iv).........................................................................................................................
v)...............................................................................................................................

5.Terangkan secara ringkas perbezaan teknik melakukan tendangan leret dan tendangan lambung
..............................................................................................................................................................................................................................................................................
6.Apakah tujuan melakukan kemahiran menggelecek?
......................................................................................................................................





Tiada ulasan:

Catat Ulasan