Isnin, 26 Disember 2016

Pergerakkan Berirama

BAB 2 PERGERAKAN BERIRAMA

Pergerakan berirama merupakan medium penting untuk menggalakkan murid kreatif dan menguasai kemahiran sosial. Pergerakan berirama bagi murid Tingkatan Satu memberi penekanan kepada kemahiran pergerakan dalam tarian tradisional dan etnik. Menerusi kemahiran ini, murid boleh mengimprovisasi pergerakan dalam tarian tradisional dan etnik mengikut kreativiti dan membuat persembahan.

Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas tari
Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.

Tarian tradisional dan etnik

.Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar sekolah.
Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, joget, inang, asli dan tarian etnik/rakyat yang bersistematik.

 













Tarian Joget

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar.Suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka.
 Joget juga bermaksud menari atau bertandak. Istilah ini digunakan dengan meluas di dunia Melayu sebagai istilah generik bagi seni tari.
Joget telah diperkenalkan di Malaysia oleh orang Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Portugis. Orang Melaka dipercayai telah mencipta joget, sama ada tarian ataupun muziknya, dengan memilih dan mengambil gerak tarian branyo yang ditarikan oleh orang Portugis di Melaka. Namun demikian, tarian branyo yang ditarikan di Melaka oleh masyarakat Portugis bukan berasal dari Portugal, tetapi dipercayai telah diperkembangkan daripada tarian brundo ataupun branle dari Semenanjung Iberia. Brundo atau branle yang popular di Portugal, Sepanyol dan Itali pada abad ke-16, telah diperkembangkan di tanah jajahan negara-negara tersebut. Branle yang ditarikan dalam 2/4 (rentak dua) dikenali sebagai branle double dan branle simple, manakala branle yang ditarikan dalam 3/4 (rentak tiga) dikenali sebagai branle gai. Kemungkinan besar branle menjadi asas branyo di Melaka, yang kemudiannya ditiru dan digayakan oleh orang Melayu dan disebut sebagai “joget”. Ciri utama muzik joget ialah ritma yang cepat dengan rentak dua atau tiga yang mempunyai keserasian dengan tarantella atau fandango dalam tempo 3/4 atau 6/8
Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Tarian ini juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari lelaki dan perempuan dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan. Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada “wrong geng” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johor Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.

TARIAN JOGET
ASAS GERAK TARI JOGET (LAGU : SERAMPANG LAUT)

BIL
PERGERAKAN
KIRAAN
1
Setempat  2 3 1 x 8 4 1 x 8 5 1 x 8 6
1 x 8
2
Maju
1 x 8
3
Setempat
1 x 8
4
Undur
1 x 8
5
Setempat
1 x 8
6
Ragam Kunang-kunang Mabuk (Pergi dan balik)
2 x 8
7
Setempat
1 x 8
8
Maju
1 x 8
9
Undur
1 x 8
10
Setempat
1 x 8
11
Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (Pergi)
2 x 8
12
Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (balik)
2 x 8
13
Setempat
1 x 8
14
Ragam Terancang Setempat
2 x 8
15
Ragam Terancang Lompat
2 x 8
16
Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kanan
1 x 4
17
Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kiri
1 x 4
18
Ragam Angkat Kaki ke Hadapan
1 x 4
19
Ragam Angkat Kaki ke Hadapan (Undur)
1 x 4

Step mudah untuk tarian joget
Tarian Sumazau
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.
 Pergerakan tarian ini telah diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman, bersama alunan muzik yang dimainkan dengan peralatan muzik moden. 
Semasa menari juga, penari lelaki akan memekik atau menjerit dengan kuat sebagai tanda kemuncak tarian dan juga bagi menaikkan semangat mereka untuk menari. Sehingga hari ini, tarian ini masih terus dipelajari dan diamalkan oleh masyarakat di Sabah tanpa mengira batas agama dan kaum
.

 Tarian Gerakan Kiraan Sumazau
BIL
PERGERAKAN
KIRAAN
1
Henjut setempat
1x8
2
Henjut bersilang
1x8
3
Henjut bersilang maju ke hadapan
1x8
4
. Henjut bersilang setempat
1x8
5
Henjut sebelah kaki setempat
1x8
6
Setempat
1x8
7
Bergerak ke sisi kanan
1x8
8
. Bergerak ke sisi kiri
1x8
9
Setempat
1x8
10
Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun perlahan -lahan)
1x8
11
Henjut bersilang setempat
1x8
12
. Undur
1x8
13
Henjut bersilang kaki setempat
1x8
14
Henjut bersilang kaki setempat (sambil tangan naik perlahan -lahan)
1x8
15
. Setempat
1x8
16
. Pusing ke kiri
1x8
17
Balas pusing ke kanan
1x8
18
. Setempat
1x8
19
Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun perlahan -lahan )
1x8
20
Henjut bersilang setempat
1x8


Tarian sumazau

Etika
Disiplin diri yang tinggi dapat membantu seseorang penari untuk memberi persembahan yang menarik. Penari  yang berdisiplin tahu peranan dan tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua dan jurulatih, mengikut jadual latihan yang ditetapkan  dengan baik dan menghormati rakan sepasukan yang lain. Penari yang berdisiplin juga berupaya mengawal emosi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa membuat persembahan. Kegagalan mengawal emosi melakukan gerak tari  akan membawa kesan negatif kepada diri sendiri ataupun pasukannya.


Nota
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas.
Semak cepat
Amalan tarian sumazau
memuja roh
upacara menolak bala
tarian Sumazau
, upacara perubatan
, kuasa ghaibdan semangat,
 







Galeri info
'Sumazau' adalah berasal daripada kata akar 'Sazau' yang bermaksud lompatan dalam dialek suku kaum Dusun-Kadazan di negeri Sabah, terutama bagi suku kaum Dusun di Membakut, Penampang, dan Papar. 
Tarian Sumazau yang diketuai oleh seorang ketua atau 'bobolian' (dukun wanita) 


Istilah penting.
Tarian Joget Sejenis tarian Melayu tradisional yang mementingkan gerak geri kaki berbanding tangan dengan tempo yang sederhana dan pantas.

Tarian Sumazau Sejenis tarian tradisi rakyat Sabah dari suku kaum Kadazandusun, yang diilhamkan dari pergerakan burunghelang terbang dan dipersembahkan pada Hari Keamatan


Soalan struktur
1. Nyatakan alat muzik yang digunakan semasa tarian sumazau
…………………………………………………………………………………………………..
2. Tarian joget biasanya ditarikan semasa perayaan ……………………………………
3. Tarian sumazau biasanya ditarikan semasa perayaan ………………………………
4. Apakah yang dimaksudkan dengan tarian sumazau?
…………………………………………………………………………………………………..
5. Nyatakan asal usul tarian joget.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
6. Berikan pandangan bagi memperkenalkan tarian tradisional Malaysia ke peringkat antarabangsa.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


4 ulasan:

  1. Apakah maksud pergerakan berirama?

    BalasPadam
  2. Pergerakan yang melibatkan tempo atau selari dengan bunyi dan muzik.

    BalasPadam
  3. Pergerakan yang melibatkan tempo atau selari dengan bunyi dan muzik.

    BalasPadam
  4. mohon kebenaran mengambil bahan untuk rujukan

    BalasPadam