Selasa, 27 Disember 2016

PJ Bola Tampar


BAB 4 BOLA TAMPAR
Bola tampar merupakan permainan dalam kategori jaring, (Bunker & Thorpe, 1982). Menerusi kemahiran bola tampar di Tingkatan Satu, murid diberi pendedahan kemahiran menyangga, mengumpan, servis, merejam, dan mengadang. Kandungan dalam bidang ini membolehkan murid mengaplikasi prinsip mekanik dan konsep pergerakan semasa bermain permainan kecil yang memberi fokus kepada penggunaan kemahiran bola tampar.
            Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Permainan ini dipelopori oleh William G.Morgan pada tahun 1895 di Holyoke. Massachusetts apabila beliau mendapati corak permainan bola keranjang terlalu lasak bagi peringkat umur pertengahan. Oleh itu, perlulah diwujudkan satu permainan yang tidak lasak tetapi mirip bola keranjang.
      William G.Morgan menamai permainan bentuk baru ini sebagai 'Mintonette'. Oleh sebab bola yang dimainkan itu boleh melambung, nama permainan ini ditukar kepada 'volleyball' atau bola tampar. Pertukaran nama permainan ini menyebabkannya semakin popular.
      Pada tahun 1900, permainan bola tampar mula diperkenalkan di Kanada. Kemudian permainan ini telah diperkenalkan di seluruh dunia misalnua negera Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico pada tahun 1909, Filipina pada tahun 1910, Uruguay pula memperkenalkan permainan ini pada tahun 1912, diikuti oleh negara China pada tahun 1913 dan Jepun pada tahun 1917.
      Pada tahun 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris. Kejohanan bola tampar sedunia diadakan pertama kali pada tahun 1949. Pada tahun 1964, bola tampar diterima sebagai satu acara yang dipertandigkan dalam Sukan Olimpik.
      Pertubuhan Pemuda Kristian (YMCA) berperanan memperkenalkan permainan bola tampar di Malaysia, Pada tahun 1927, Liga Bola Tampar mula diperkenalkan di Kuala Lumpur. Guru-guru Cina yang berpendidikan dari negara China juga memperkenalkan permainan ini di sekolah-sekolah Cina. Langkah yang sedemikian menyebabkan permainan ini lebih popular di kalangan masyarakat Cina. Memandangkan permainan ini semakin popular, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk menyusun aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan.
     
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 – 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru ini sebagai ”Mintonette”. Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan, “Volleyball”. Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947. Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951. Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita. Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan, telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.
Kemahiran
MENYESUAIKAN DIRI DENGAN BOLA
i. Menggunakan Bola Secara Individu
Aktiviti
Gambar rajah
1. Satu tangan mengelecek bola. ( Kanan atau kiri )



Aktiviti
Gambar rajah
2. Mengguling bola dengan langkah gerakan sisi.



Aktiviti
Gambar rajah
3. Putar bola antara kaki atau badan.



ii. Menggunakan Bola Secara Pasangan
Aktiviti
Gambar rajah
1. Hantaran dada dan baring.



Aktiviti
Gambar rajah
2. Bengkok belakang menghadapi kawan.




Aktiviti
Gambar rajah
3. Putar badan sambil melambung bola.





Servis bawah bahu 
Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.  
Aktiviti
Gambar rajah
1. Servis dari dekat beransur jauh.



Aktiviti
Gambar rajah
2. Servis pada sasaran kiri dan kanan. Latih tubi



Aktiviti
Gambar rajah




SERVIS  ATAS (TENIS)
Servis jenis ini harus diajar setelah pemain mahir dalam servis bawah tangan. Pergerakkan adalah lebih kurang dengan servis bawah tangan tetapi kali ini bola dilambung tinggi dan dipukul dengan gaya tenis.
A. Kemahiran Asas Kesalahan Biasa
a. Bola dilambung terlalu tinggi.
 b. Bola dipukul dengan jari
 c. Tangan tidak ikut lajak
d. Pergelangan tangan pada tangan yang memukul bola tidak dikeraskan.
Servis atas tangan boleh menghasilkan jenis bola terapung dengan memukul kuat pada bahagian tengah bola.
NOTA GURU
a. Bola dipukul pada bahagian isi tapak tangan.
b. Bola dilambung antara 30 – 45 sm.
 c. Ikut lajak setelah bola meninggalkan tangan.
d. Tangan akan ikut lajak setelah memukul bola. Kaki yang bengkok diluruskan.
Aktiviti
Gambar rajah
1. Servis dari dekat beransur jauh.



Aktiviti
Gambar rajah
2. Servis pada zon-zon kiri dan kanan.



Aktiviti
Gambar rajah
3. Servis pada kawasan servis.
• 2 pasukan berdiri di kawasan servis.
• Seorang menjadi sasaran di sebelah gelanggang. Pemain yang membuat servis akan beralih ke belakang untuk menunggu giliran kedua.
• Pemain yang menjadi sasaran akan menangkap bola dan dihantarnya ke belakang untuk kumpulan yang lain membuat servis




MENYANGGA
A. Kemahiran Asas
Dalam kemahiran ini terdapat beberapa cara memegang tangan tetapi cara seperti dalam gambar rajah di bawah amat disyorkan.
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

 NOTA GURU
 a. Jangan kuncikan jari-jari dan pastikan ibu jari selari.
 b. Kuncikan siku dan luruskan lengan serta pergelangan tangan.
c. Mainkan bola pada bahagian keras lengan iaitu di atas pergelangan tangan.
d. Kaki dibengkokkan dengan sebelah kaki di depan dan sebelah lagi di belakang.
 e. Selalu menghadap pada sasaran yang ingin dihantarkan bola.
f. Bola dipukul dengan meluruskan kaki dan lengan.
 g. Jangan hayun tangan terlalu tinggi. Tangan dan badan harus relaks dan bola dihantar tinggi.

Aktiviti
Gambar rajah
I. Permainan “Tennis - Volley”
Cara Permainan :
a. Pasukan A mula dengan melambung bola ke pihak lawan B.
b. Pemain pasukan B menangkap bola dengan sebelah tangan selepas bola melantun sekali dan melambung bola kembali ke Pasukan A.
 c. Mata diperoleh jika pihak lawan gagal menangkap

Variasi:
Dengan menggunakan dua belah tangan, menyangga bola sebelah tangan dan menyangga bola dua tangan.



Aktiviti
Gambar rajah
2. Menyangga bola dalam bulatan
a. Pecah dalam kumpulan, buat bulatan.
 b. Cuba menyangga bola seberapa lama yang boleh.

Variasi:
Dengan sebelah/ dua belah tangan.



Aktiviti
Gambar rajah
3. Permainan eliminasi servis & menyangga
a. 2 pasukan sama bilangan pemain.
b. Separuh ahli pasukan bertindak sebagai server dan separuh lagi sebagai penerima servis.
 c. Server melakukan servis mengikut giliran.
 d. Kedua-dua pasukan melakukan servis berselang-seli menggunakan servis bawah tangan.
 e. Penerima servis cuba menyangga dan menghantar bola ke pihak lawan.
f. Pemain yang melakukan kesilapan 2/3 kali akan disingkirkan.
g. seorang server akan mengambil tempat penerima servis.
h. Permainan diteruskan sehingga semua pemain satu pasukan disingkirkan atau mengikut masa yang ditetapkan, pasukan yang mempunyai pemain yang lebih ramai dikira menang.

 * Boleh menggunakan jaring atau tali untuk membahagikan kedua-dua pasukan.
4. Parachute Volleyball a. Gunakan kain/tuala/selimut pelbagai







MENGUMPAN (SETTING)
A. Kemahiran Asas
Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.
NOTA GURU
a. Jari dibuka dan ibu jari ditarik ke belakang dalam bentuk segi tiga.
b. Bergerak di bawah bola sebelum melakukan umpanan
 c. Tangan dalam bentuk separuh bulat untuk menyokong bola.
d. Bola ditolak keluar
 e. Ikut lajak apabila bola dilepaskan

Aktiviti
Gambar rajah
. 3 pemain berdiri dalam satu barisan antara jarak 3 meter.
Pemain A mengumpan depan kepada B.
 B mengumpan belakang kepada C.
C mengumpan depan kepada A.
Aktiviti ini berjalan secara berterusan.



Aktiviti
Gambar rajah
. 2 kumpulan dalam barisan. Pemain kumpulan A akan mengumpan bola kepada pemain kumpulan B dan sambil itu A akan berlari ke belakang pemain kumpulan B. Pemain kumpulan B akan buat sedemikian setelah mengumpan bola. Umpanan sedemikian dilakukan secara berterusan.




Aktiviti
Gambar rajah
Membuat umpanan di tepi jaring bagi tujuan pemain membuat rejaman.



Aktiviti
Gambar rajah




MENGADANG
Kemahiran Asas
 Dalam permainan bola tampar, kemahiran mengadang merupakan satu kemahiran yang susah diajar dan dipelajari. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua atau 3 orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Pemain-pemain tersebut akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.Kejayaan untuk melakukan hadangan yang baik bergantung kepada beberapa faktor seperti ketinggian pemain, kelajuan bola yang diumpan oleh pihak lawan, gaya perejam lawan, keupayaan lompatan pemain sendiri dan juga pihak lawan serta susunan serangan lawan. Mengadang adalah kurang digunakan dalam permainan peringkat rendah. Hal ini kerana bola yang tidak konsisten. Oleh yang demikian, kemahiran ini jarang digunakan. Keadaan ini akan berlainan dalam permainan peringkat tinggi kerana kemahiran mengadang akan menentukan kejayaan sesuatu pasukan.  

NOTA GURU
a. Gunakan gerakan sisi semasa membuat pergerakan sepanjang jaring untuk pemain baharu.
b. Pastikan pemain sentiasa mengangkat tangan pada paras bahu semasa hendak membuat hadangan.
c. Sentiasa memerhatikan bola.
 d. Lompat menegak dan jangan menyentuh jaring
Aktiviti
Gambar rajah
1. Susun 4 pemain atas bangku dengan memegang bola pada ketinggian yang berbeza. Seorang pemain akan membuat hadangan dengan menyentuh semua bola dengan pergerakan sisi. Ulangan bilangan kali ditentukan oleh jurulatih.



Aktiviti
Gambar rajah
2. Kombinasi umpanan, rejaman dan hadangan. Pemain B akan mengumpan kepada pemain A yang akan merejam bola itu. Pemain C cuba membuat hadangan.





Aktiviti
Gambar rajah
.3. Melompat dan mengadang berpasangan Perejam melompat dengan memegang bola atas jaring. Pengadang melompat dan menekan bola ke bawah. Variasi: Perejam bergerak ke kiri atau ke kanan dan melompat dengan bola atas jaring, pengadang bergerak mengikut perejam dan melompat untuk megadang.



Aktiviti
Gambar rajah




MEREJAM (SPIKING)
Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.




Aktiviti
Gambar rajah
Lambung bola dan merejam ke lantai dan menangkap bola setelah dilantun dari dinding.
Variasi
. Ulang aktiviti di atas. Kali ini bola dilambung oleh seorang rakan. Perejam merejam bola menggunakan teknik rejaman.



Aktiviti
Gambar rajah
. Merejam pada sasaran dengan bola dilambung oleh rakan. Pastikan teknik rejaman adalah betul.



Aktiviti
Gambar rajah
. 2 barisan pemain. Satu barisan menjadi pengumpan dan satu lagi menjadi perejam. Selepas mengumpan bola, pengumpan akan menjadi perejam dan perejam pula akan merejam kepada sasaran yang ditetapkan. Kemudiaan bola dikutip oleh perejam dan mengalih tugas sebagai pengumpan






PERTIMBANGAN UNTUK LATIHAN
 i. Tahap murid: Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid.
 ii. Bilangan murid: Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian.
 iii. Langkah-Langkah Keselamatan:
Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah:
• Tahap kesihatan murid;
• Memanaskan badan sebelum aktiviti dan gerak kendur dilakukan selepas aktiviti;
• Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti; dan
• Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.
 iv. Tempat Latihan:
 Ruang latihan yang sesuai dan selamat.
 v. Kemudahan peralatan:
 Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti; contoh : kon, bola segar dan tali.
vi. Masa latihan:
Masa yang diperuntukan untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut:
• Sekolah Rendah 60 minit/minggu • Sekolah Menengah 90 minit/minggu

Etika
Pemain  perlu menghindarkan diri beremosi negatif seperti kesakitan, kerisauan, perasaan bersalah, kebosanan, dan kemarahan untuk melahirkan suasana bermain dan pembelajaran yang selesa dan baik.

Nota

Semak cepat
Galeri info
Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman. 

Istilah penting.
Menyangga (bola tampar)
Hantaran bawah tangan, hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan kedua-dua belah tangan.
  1. Serve: ialah istilah atau bahasa yang digunakan pada waktu pukulan pertama.
  2. Out-Ball: adalah istilah atau bahasa yang digunakan jika bola voli keluar dari batas lapangan.
  3. Over-Ball: adalah istilah atau bahasa yang digunakan ketika bola pindah kepihak lawan, maksudnya giliran pihak versus atau kita yang melakukan servis.
  4. Block: Yang dimaksud dengan block di sini ialah istilah atau bahasa yang digunakan buat membendung atau menghalang pukulan smash dari lawan.
  5. Change of Court: adalah istilah pada waktu pertukaran tempat.
  6. Change of position: Ialah istilah pada waktu pertukaran pemain dan setelah terjadi pukulan servis.
  7. Cover Close: Adalah istilah yang digunakan buat menutup daerah sendiri dengan rapat, biasanya sebab adanya agresi versus yang bertubi-tubi.
  8. Cover for Attact atau Cover for deverence: Adalah istilah buat menutup daerah sendiri ketika diserang oleh lawan.
  9. Deciding game: Adalah istilah yang dipakai pada waktu pertandingan penentuan.
  10. Deciding set: Adalah istilah yang dipakai pada waktu akhir pertandingan yang menentukan, biasanya pada akhir penentuan.
  11. Double Fault: Adalah istilah yang dipakai sebab adanya kesalahan bersama.
  12. Double hit: Adalah istilah yang digunakan buat pukulan ganda yang dilakukan oleh salah seorang pemain.
  13. Driving Service: Adalah istilah yang diberikan kepada bola servis yang bergerak melengkung dengan keras berada tepat diposisi atas net.
  14. Dum Play:: Adalah istilah buat bola tipuan pen-smash yang dipukul pelan.
  15. Floating Servise: Adalah istilah yang digunakan pada pukulan servis dengan arah yang bergelombang.


Soalan struktur
1. Bagaimana memenangi mata dalam pertandingan bola tampar?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2.Bagaimana mempertahankan ruang di kawasan sendiri?
.……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3.Apakah yang dimaksudkan dengan servis?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
4.Kemahiran mengumpan dalam permainan bola tampar bertujuan……………………
………………………………………………………………………………………………….
5.Semasa  melakukan servis dalam permainan bola tampar.Apakah otot-otot utama yang digunakan?
i)………………………………..
ii)………………………………
iii)……………………………….
6.Apakah peranan pemain “libero” dalam permainan bola tampar ?

………………………………………………………………………………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan