Pemakanan
Nutrien adalah
bahan kimia yang organisma perlukan untuk hidup dan membesar atau bahan
digunakan dalam metabolisme organisma yang perlu diambil.
Protein ialah
nutrien yang penting kepada badan manusia. Ia salah satu daripada bahan binaan
tisu badan, dan bertindak sebagai sumber tenaga dengan ia mengandungi 4 kcal
per gram, sama seperti karbohidrat dan tidak seperti lipid yang mengandungi 9
kcal per gram.
Karbohidrat ialah polimer
semula jadi yang
merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana
karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai
aktiviti. Karbohidrat ialah nutrien kimia yang mengandungi karbon (C),hidrogen (H) danoksigen (O).
Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan
tenaga bagi kegunaan badan.Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang
itu berasa lemah dan tidak bermaya.Karbohidrat yang diambil secara berlebihan
pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes.Penyakit ini berpunca daripada
gangguan fungsi hormon insulin oleh pankreas.Gangguan ini menyebabkan kandungan
glukosa dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit
diabetes.
Gula biasa yang terdapat dalam badan
manusia ialah glukosa. Hati, menukar kebanyakkan
gula ringkas kepada glukosa. Karbohidrat juga membekalkan glukosa pada otak
untuk memberi tenaga. Pengambilan karbohidarat memberi kesan kepada
pengembangan otak, mood dan personaliti atau keperibadian seseorang. Selepas
badan menerima karbohidrat, badan mula melakukan pemisahan kepada gula ringkas,
kemudian ia akan menyerap ke dalam saluran darah. Sejurus tahap gula yang
meningkat didalam badan, pankreas akan mengeluarkan hormon yang dipanggil insulin.
Terdapat 2 jenis karbohidrat utama, iaitu
ringkas dan kompleks.
Ringkas
Merujuk kepada gula ringkas yang terdapat
di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda. Gula
putih, dijuga dianggap sebagai kabohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati
di dalam susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah
menyerap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat
meningkat. Dari masa ke semasa, disebabkan tekanan yang lebih kepada pankreas boleh membawa kepada
penyakit kencing
manis yang juga membawa masalah seperti
kegemukkan, masalah jantung, kekangan tangan dan
kaki(boleh membawa kepada pemotongan), dan juga masalah penglihatan yang kabur.
Kompleks
Karbohidrat kompleks mengambil lebih masa
untuk menguraikannya dalam badan. Makanan bijian
sempurna adalah contoh karbohidrat kompleks
seperti oats. Kebanyakkan sayur-sayuran, seperti keledek merupakan sumber baik dari
karbohidrat kompleks. Kompleks karbohidrat memberi tenaga lebih lama masa
berbanding karbohidrat ringkas. Karbohidrat kompleks lebih sihat dari karbohidrat ringkas.
Lemak ialah sejenis lipid, yang boleh dibezakan antara lipid-lipid lain
berdasarkan struktur kimia. Kategori molekul ini
penting untuk banyak bentuk hidupan yang lepas, terutama pada kedua-dua fungsi
struktur dan metabolik. Lemak merupakan sebahagian diet bagi kebanyakan heterotrof (termasuk manusia). Lemak
biasanya larut dalam sebatian organik tetapi tidak bersama air.
Lemak terdiri daripada kumpulan
sebatian yang luas yang pada umumnya larut dalam pelarut organik dan biasanya
tidak larut dalam air. Secara kimia, lemak merupakan triesters dari Gliserol
(Glycerol) dan asid lemak. Lemak mungkin membentuk
pepejal atau cecair pada suhu bilik, bergantung kepada struktur dan
komposisinya. Sungguhpun perkataan "minyak", "lemak", dan
"lipid" kesemuanya digunakan
bagi merujuk kepada lemak, "minyak" biasanya merujuk kepada lemak
yang membentuk cecair pada suhu bilik normal, sementara "lemak"
biasanya digunakan bagi merujuk kepada lemak yang membentuk pepejal pada suhu
bilik normal. "Lipid" digunakan bagi merujuk kepada kedu-dua bentuk
lemak cecair dan pepejal, bersama bahan lain yang berkait. Perkataan "minyak"
juga digunakan bagi sebarang bahan yang tidak bercampur dengan air dan memiliki
rasa berminyak, seperti petrol (atau minyak mentah),
minyak pemanas, dan minyak pati ("essential oils"), tanpa mengira
struktur kimianya.[1]
Lemak membentuk kategori lipid, dibezakan dengan lipid lain melalui struktur kimianya
dan ciri-ciri fizikal. Kategori molekul ini penting bagi banyak bentuk
kehidupan, bagi fungsi struktur dan metabolik. Ia merupakan bahagian penting
bagi permakanan kebanyakan heterotroph (termasuk manusia). Lemak
atau lipid diuraikan dalam badan melalui enzim yang dikenali sebagai lipase yang dihasilkan dalam pancreas.
Contoh lemak haiwan adalah lemak, minyak
ikan,
dan buter atau ghee. Ia biasanya didapati dari
lemak dalam susu dan daging, juga dari bawah kulit, dari haiwan. Contoh lemak
tumbuhan yang boleh dimakan termasuk kacang, kacang soya, bunga matahari,
bijan, kelapa, zaiton, dan minyak sayuran. Margarine dan lelemak sayuran
("vegetable shortening"), yang boleh dihasilkan dari minyak di atas,
kebanyakannya digunakan bagi memasak. Contoh lemak sedemikian boleh dikelaskan
sebagai lemak tepu dan minyak tidak tepu.
Tepu dan tidak tepu
Asid lemak yang membentuk lemak juga
berbeza dalam bilangan atom hidrogen yang mengikat untaian atom karbon. Setiap
atom karbon biasanya mengikat kepada dua atom hidrogen. Apabila asid lemak
mempunyai aturan biasa ini, ia dikenali sebagai lemak tepu, kerana apabila atom
karbon tepu dengan hidrogen; bererti ia memiliki ikatan kovalent, terikat
dengan sebanyak hidrogen yang mungkin. Pada lemak lain, atom karbon mungkin
hanya terikat kepada satu atom hidrogen , dan memiliki ikatan berganda kepada
atom karbon bersebelahan. Ini menghasilkan asid lemak "tidak tepu".
Lebih khas lagi, ia merupakan asid lemak tidak tepu tunggal ("monounsaturated"),
manakala, asid lemak tidak tepu pelbagai ("polyunsaturated")
merupakan asid lemak dengan lebih dari satu ikatan berganda. Lemak tepu dan
tidak tepu berbeza dalam kandungan tenaga dan tahap leburnya. Oleh kerana lemak
tidak tepu mengandungi kurang ikatan karbon-hidrogen berbanding lemak tepu
dengan bilangan atom karbon yang sama, minyak tidak tepu akan memberikan kurang
sedikit tenaga semasa metabolis berbanding lemak tepu dengan bilangan atom
karbon yang sama. Lemak tepu mampu menyusun dirinya dalam aturan mampat, dengan
itu ia beku dengan mudah dan biasanya dijual sebagai pepejal pada suhu bilik.
Tetapi ikatan berganda kaku dalam lemak tidak tepu pada asasnya mengubah bentuk
kimia lemak.
Mikro Nutrien
Mineral atau galian adalah sebatian semula jadi yang
dibentuk menerusi proses geologi.
Perkataan "mineral" merangkumi bukan hanya komposisi kimia sesuatu bahan tetapi juga struktur mineral. Komposisi mineral
berbeza daripada unsur tulen dan garammudah kepada silikat yang amat
kompleks dengan beribu-ribu bentuk yang diketahui (sebatian organik biasanya
tidak dikira). Kajian ke atas mineral ini dikenali sebagai mineralogi.
Takrifan dan pengelasan mineral
Untuk mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai mineral yang
sebenar, sesuatu bahan itu mesti berada dalam bentuk pepejal dan mempunyai
struktur kekristalan.Ia juga mesti juga bukan dari bahan organik,terjadi secara
semulajadi,dan mempunyai komposisi kimia yang tersendiri.Komposisi kimia
mungkin berbeza-beza dengan mineral-mineral lain.
Struktur hablur amat mempengaruhi sifat-sifat fizik
sesuatu mineral. Umpamanya, walaupun intan dan grafit mempunyai kandungan yang
sama (kedua-dua ini ialah karbontulen), grafit adalah amat
lembut, manakala intan ialah mineral yang paling keras antara semua mineral
yang diketahui.
Terdapat melebihi 4,000 mineral yang diketahui pada masa
ini, menurut Persatuan Mineralogi Antarabangsa yang bertanggungjawab
terhadap kelulusan dan penamaan spesies-spesies mineral baru yang terdapat di
alam semula jadi.
Mineral dan batuan
Mineral ialah pepejal inorganik yang wujud secara semula
jadi, dan mempunyai kandungan kimia serta struktur hablur yang tetap. Batuan ialah agregat satu atau
lebih mineral. (Batuan boleh merangkumi sisa-sisa organik.) Mineral-mineral
yang terkandung di dalam sesuatu batuan amat berbeza. Sesetengah mineral,
seperti kuarza, mika, atau feldsparadalah mineral yang umum,
manakala yang lain hanya boleh didapati di satu atau dua lokasi di seluruh
dunia. Melebihi setengah daripada spesies-spesies mineral yang diketahui amat
jarang didapati dan hanya terdapat di dalam sebilangan kecil sampel.
Sebaliknya, banyak mineral yang diketahui hanya terdapat di dalam satu atau dua
butiran yang kecil.
Mineral dan batuan yang bernilai dari segi komersil
dirujuk sebagai mineral
industri.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan
sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh
kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada
daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti
vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap
pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan
pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya
anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya
dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan
tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.
Sejarah vitamin
Nilai memakan makanan tertentu bagi mengekalkan kesihatan
telah diketahui lama sebelum vitamin dikenal pasti. Orang-orang Mesir purba
tahu bahawa memberi pesakit makan hati akan membantu merawat rabun
malam,
yang kini diketahui akibat kekurangan vitamin A. Pada 1747, pakar bedah Scotland, James
Lind menyedari bahawa makanan sitrus membantu menghalang beri-beri
(scurvy),
penyakit yang mampu membawa maut di mana kolagen tidak terbentuk dengan
sempurna, dan ciri-ciri yang muncul adalah luka lambat sembuh, pendarahan pada gusi, dan rasa sakit yang teruk. Pada 1753, Lind menerbitkan Treatise
on the Scurvy. Hasil apa yang dijumpainya, bagaimanapun tidak diterima
secara meluas. Sebagai contohnya, Dalam ekspedisi Artik Tentera
Laut Di Raja pada abad
ke 19,
ia dipercayai secara meluas bahawa penyakit beri-beri boleh dihalang dengan
kebersihan diri yang baik di atas kapal, senaman berkala, dan
mengekalkan moral kaki-tangan kapal,
bukannya dengan permakanan makanan segar.
Ini mengakibatkan
ekspedisi tentera
laut itu masih diserang penyakit beri-beri. Ketika Robert
Falcon Scott melakukan dua ekspedisinya ke Antartika pada awal abad ke-20, teori perubatan ketika
itu ialah penyakit beri-beri diakibatkan oleh makanan dalam tin yang tercemar.
Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?
Semua orang digalakkan mengambil vitamin.
Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan,
dan daging.
Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak
suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya
anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan
vitamin dan nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu,
anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi
secara normal.
Berbeda pula sekiranya anda yang tidak
mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan
beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan
anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.
Elakkan mengambil makanan segera
Pasti anda(mungkin kanak-kanak atau orang
yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam
kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak
membeli semua makanan ringan itu.
Kalau keluar berjalan-jalan di pusat
membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan
segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin
membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu.
Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera
itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok
sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.
Kesan mengambil makanan segera
Obesiti -
Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam
sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan
hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan
sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat
keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat
banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan.
Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan
manusia.
Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam
badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara
kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk
ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan
segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan
segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau
anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
Diabetes - Anda tahu apakah
maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab
penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air
birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan
gulanya memang tinggi.
Kanser - Tahukah anda bahawa
kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh
menyebabkan kanser. Takut kan?
Senarai
makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan
Apa? Anda baru lepas makan mi segera? Mesti
sedap kan? Tapi anda kena ingat, mi segera merupakan makanan segera yang tidak
elok diamalkan sebagai makanan harian. Hendak tahu kenapa? Perencah mi segera
itu mempunyai perisa ynag berlebihan dan kandungan garam yang tinggi.
Kalau anda hendak tahu, banyak lagi makanan
segera yang tidak baik untuk kesihatan. Lihat contoh makanan segera di bawah
ini:
i) Kentang goreng - terlalu banyak lemak dan
garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
ii) Burger daging - kandungan lemak yang
tinggi dan bahan kimia yang banyak.
iii) Makanan ringan(jajan) - mempunyai garam dan
pewarna yang tinggi.
iv) Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi.
Makanan yang boleh menggantikan vitamin
Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan
risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi
ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis,
tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap
sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.
Boleh dikatakan hampir semua makanan
mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis
vitaminnya.
i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan
khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A
dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B,
dan C.
v) Telur, susu, hati -
menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging -
sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt -
menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna -
sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad -
penyumbang kepada vitamin K.
Panduan mengambil vitamin
Terdapat sebuah cerita yang mempunyai
kaitan dengan tajuk yang dikehendaki ini.
"Amelia terlihat sebotol vitamin C
di atas peti ais rumahnya. Lalu dia terus mengambil dua biji vitamin dan
memakannya."
Tahukah anda, tindakan Amelia tersebut
membahayakan? Anda tidak boleh mengambil sebarangan ubat tanpa perhatian orang
dewasa. Mungkin ubat atau vitamin tersebut tidak sesuai dengan ketahanan badan
seseorang. Mungkin juga itu bukan vitamin!
Jadi di sini, nasihat yang dapat dikatakan
adalah mengikuti peraturan dan panduan ini supaya apa yang anda makan seperti
vitamin, tidak akan memudaratkan kesihatan anda.
a.
Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang
berdaftar.
Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana
bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar
sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.
b. Baca
terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.
Anda kena tahu vitamin apa yang anda ambil
dan makan. Adakah keterangan yang terpapar di botol tersebut tertulis vitamin A
atau C? Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, cuba
minta pertolongan ibu atau ayah anda. Ini kerana mungkin ada perkataan yang
anda tidak fahamkan?
c.
Jangan mengambil dos secara berlebihan.
"Kalau makan banyak vitamin, adik
lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak
semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi
sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan
mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan.
Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.
d.
Suruh ibu bapa temani semasa mengambil vitamin.
Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi
semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Bukan apa, kalau ada di kalangan
ada yang mempunyai masalah semasa memakan vitamin, ibu bapa yang berada di sisi
boleh menenangkan anda kan? Lagipun, mereka boleh membantu seperti memberikan
air ataupun sebagainya.
e.
Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.
Kalau anda hendak tahu, vitamin
seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh
terdedah kepada cahaya
matahari.
Jadi, mulai sekarang, anda simpanlah vitamin di tempat yang sepatutnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan serat?
Serat adalah bahagian daripada tanaman yang tidak boleh dicerna oleh manusia.
Tanaman memberikan kekuatan dan struktur mereka. Serat yang ditemui dalam
biji-bijian, bijirin, gandum, buah-buahan, sayuran, Psyllium sekam,
kacang-kacangan, biji-bijian dan polong-polongan (kacang kering, kacang polong,
dan lentil). Namun, serat hanya ditemui di kerajaan tanaman, sementara haiwan
seperti daging, ikan dan produk susu tidak mengandungi serat.
Mengapa serat penting?
Ahli kesihatan percaya bahawa bermula di usus besar, dan membekalkan tubuh anda
dengan serat yang cukup setiap hari adalah penting untuk fungsi usus dan usus
besar. Diet tinggi serat juga membantu mengawal berat badan dengan membuat anda
merasa kenyang lebih lama selepas makan dan kecil kemungkinannya untuk makanan
ringan.
Siapa yang memerlukan serat?
Setiap orang harus memerlukan serat setiap hari terutama bagi mereka pesakit
diabetes dan kegemukan.
Berapa banyak serat yang harus saya perlukan?
Nutrisi cadangan adalah untuk 20-35 gram jumlah semua jenis serat per hari.
Secara berperingkat menambah serat ke dalam makanan anda, anda juga didorong
untuk minum lebih banyak cecair saat anda meningkatkan jumlah serat yang anda
makan. Bilangan yang disarankan adalah lapan gelas air sehari.
Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau
mengekalkan kesihatan. Makanan
yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian
pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.
Nota
Diet yang sihat ialah diet
yang dapat memberikan anda tenaga dan zat makanan yang mencukupi berdasarkan
keperluan anda. Terdapat 4 garis panduan untuk mendapatkan diet yang sihat
iaitu makan dengan mencukupi, seimbang, sederhana, pelbagai.
Semak
cepat
Galeri
info
Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia yang berbangsa Poland pada tahun 1912.Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine -amineadalah adalah kata
tambahan dari amine;
kerana pada masa itu ramai yang menyangka bahawa semua vitamin adalah amine dan
sekarang kesalahan ini telahpun disedari.
Istilah penting.
Bahan organik - bahan semula jadi merupakan tumbuh-tumbuhan
dan haiwan yang mati seperti kulit ular dan daun yang mereput.
Malnutrisi- keadaan yang
disebabkan oleh kurangnya makanan yang seimbang kepada individu atau populasi
Soalan struktur
1. Apakah fungsi utama
karbohidrat?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
2. Apakah kesannya jika
mengambil karbohidrat berlebihan?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
3. Apakah akan terjadi jika tidak ambil vitamin?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
4. Apakah langkah-langkah
yang perlu diambil semasa mengambil vitamin?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
5. Mengapa serat penting?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
6. Pilih menu yang boleh
menjadi makanan seimbang anda untuk satu hari.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..